Kecaman Presiden PAS Hadi Awang, bahawa UMNO-BN adalah ibarat itik patah kaki, tidak cukup untuk memperlemahkan kekuatan UMNO-BN, kerana mereka telah menunjukkan bahawa Keputusan PRN Johor berjaya mendapatkan mandat lebih dua pertiga majoriti secara tidak rasmi.
UMNO TERPERANGKAP KERANA AHLI PARLIMENNYA DITUDUH LEMAH, BUKANNYA PN YANG TERUK
Bagi sesetengah penganalisis politik, tudingan jari kepada menteri daripada UMNO untuk menutup kelemahan PN, adalah perangkap untuk melemahkan UMNO pada PRU15 nanti. Meskipun terdapat beberapa Ahli Parlimen UMNO dalam kabinet PN yang diterajui Muhyiddin, namun dalam hal perencanaan dan penentuan dasar negara dalam hala tuju menangani Covid19, adalah terletak pada setiap ahli kabinet dan menjadi tanggungjawab PM untuk menerajuinya seterusnya membawa kepada proses pelaksanaan. Lebih-lebih lagi apabila proklamasi Darurat dilaksanakan, penentuan dasar negara menjadi hak mutlak kerajaan PN, tanpa mengambil kira pandangan ahli parlimen pembangkang apabila sidang parlimen digantung. Rakyat pasti tidak lupa bahawa menteri-menteri yang penuh dalam kabinet Muhyiddin Yassin pada hakikatnya adalah menteri-menteri PH juga yang telah dicop sebagai menteri kakistokrasi yang teruk dan gagal semasa mereka berkuasa selama 22 bulan.
NASIHAT KEPADA DS PRESIDEN PAS- ‘JANGAN JADI PAK KADOK’
Jika dianalisis secara mudah keputusan PRU-14 yang lalu, tidakkah gabungan UMNO-PAS boleh berubah menjadi 126 kerusi yang merupakan majoriti bagi melayakkan UMNO-PAS menguasai Putrajaya dan memperkukuhkan ‘mabdaul nidali’ bagi menegakkan kuasa Melayu-Islam tanpa mengabaikan hak kaum lain. Kembalilah ke pangkal jalan YB Hadi, dan janganlah jadi seperti Pak Kadok, sebagaimana semasa PRU14, ‘menang sorak tetapi tanah tergadai.’ Di manakah rasionalnya kebaikan yang akan PAS terima selain daripada mengorbankan kerusi-kerusi tradisi kepada golongan tamak kuasa dalam PPBM itu yang kini sedang tercungap-cungap mencari talian hayat, meskipun di Bahagian Pagoh.