‘DAKWAAN TERPILIH’ PH TERSELAK SETELAH ZAHID HAMIDI DILEPAS-BEBAS

Orang awam dan pemerhati politik, tertanya-tanya adakah Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam kes VLN, kerana bukan Zahid sahaja yang disogok oleh UKSB tetapi ia juga melibatkan Mahathir setelah saksi ke-17 kes mendedahkan bahawa PM ke-7 itu juga disogok sebagai sumbangan politik sejumlah RM2.6 juta melalui anak saudaranya TS Rahmat Abu Bakar. Selain Mahathir, TS Muhyiddin Yassin juga telah menerima RM1.3 juta, manakala pemimpin UMNO yang kini merupakan Menteri Kabinet PN juga telah menerima sogokan selain Mohd Shafie Apdal, Anifah Aman, Chan Kong Choy dan Ong Ka Chuan yang juga turut disogok oleh pihak UKSB (Ultra Kirana Sdn Bhd) secara langsung atau melalui proksi. Situasi campur tangan politik PH dan kini PN sebagai gagasan Hybrid PH yang turut mengendong legasi Mahathir, masih amat bahaya kepada UMNO-BN kerana Peguam Negara adalah lantikan Muhyiddin dan Ketua Hakim Negara masih merupakan lantikan Mahathir, manakala Menteri Undang-Undang dan Ketua Polis Negara adalah lantikan Muhyiddin.

VIDEO – BUKTI DAKWAAN TERPILIH TERHADAP PEMIMPIN UMNO, TERBONGKAR

Ironinya Muhyiddin tidak pernah mahu kes dana 1MDB berjumlah RM1.04 juta yang masuk ke akaun Hakim Nazlan Ghazali, disegerakan. Lebih menjengkelkan Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhi hukuman ‘bersalah’ ke atas DS Najib, sedangkan di sebalik tabir terdapat ‘konflik kepentingannya’ dalam kes 1MDB. Muhyiddin mahupun Mahathir tidak pernah mendesak SPRM mahupun pihak pendakwaraya supaya mengheret bekas Gabenor Bank Negara Zety Akhtar ke mahkamah kerana suaminya Tawfiq Ayman di Singapura telah menerima dana 1MDB daripada Jho Low.

VIDEO – RAJA PETRA DAKWA ADA MAFIA DALAM PDRM BUKIT AMAN

Pihak cungkils.com rasa rakyat seluruh negara tidak terkejut dengan dakwaan Raja Petra Kamaruddin sebagaimana tersiar dalam YouTube dan telah diulas oleh MYKMU bahawa terdapat ‘Mafia Polis di Bukit Aman’. Hakikatnya isu berkaitan juga terlihat pada kenyataan bekas Ketua Polis Negara TS Musa Hassan yang mengkritik tentang tindakan pihak berkuasa Malaysia melengah-lengahkan siasatan ke atas Tawfiq Ayman di Singapura yang dikaitkan dengan kes rasuah 1MDB. Bukan itu sahaja, sebagaimana didedahkan oleh seorang lagi bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mereka semuanya bersetuju bahawa terdapat campurtangan politik dalam badan perundangan dan kehakiman negara.

LAGI SEKALI TUN M AKAN DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN BONEKA DALAM GPN

Kini Tun Mahathir yang masih dengan egonya dan dalam keadaan tercungap-cungap ketika berucap, mahu menubuhkan pula gabungan baharu yang dinamakan Gerakan Pejuang Nasional (GPN). Mahathir tidak sedar parti Pejuang@Petainya hanya mempunyai 4 ahli parlimen daripada 222 jumlah ahli parlimen seluruh negara, dan hanya 5 ADUN daripada 607 ADUN seluruh negara. Dia lupa, bahawa lagi sekali Pejuang@PETAI akan dijadikan boneka oleh parti yang melihat partinya hanyalah sekadar melukut di tepi gantang atau nyamuk dalam kalangan gajah.

KABINET TIDAK BOLEH BERDIAM DIRI TERHADAP ISU ‘RASUAH’ PEGAWAI TINGGI SPRM

Sivarasa berkata insiden itu telah menunjukkan bahawa pencegahan rasuah bukan hanya mengenai penubuhan yang dipanggil badan pengawasan di bawah undang-undang dan sekadar berkata "kami telah menjalankan tugas kami dan badan-badan ini akan memastikan integriti SPRM adalah utuh". Bagi Sivarasa, mesej yang salah dihantar oleh SPRM sendiri - bahawa tingkah laku rasuah boleh diterima. Rakyat akan hilang kepercayaan terhadap ahli politik yang mereka lantik sekiranya masing-masing tebal dengan doktrin ‘budak kita’ kerana ia seakan-akan membenarkan rasuah jika ia membabitkan ‘orang mereka'.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: