Terkini, setelah terperosok dan tunggang-langgang dengan parti yang ditubuhnya sendiri, dan berjaya memecah-belahkan kaum Melayu, dia meninggalkan pula GTA setelah meninggalkan Pejuang, untuk memperkasakan pula ‘Proklamasi Melayu’. Bagaimanakah orang begini boleh diharapkan untuk memperjuangkan hak Melayu sedang Bahasa Melayu sendiri diabaikannya? Bagaimana pula dengan hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kaum Melayu serta agama bangsa Melayu di Tanah Melayu ini? Apa yang Mahathir telah buat dalam ‘Isu Perlembagaan’? Adakah itu yang dinamakan perjuangan mengangkat ‘Proklamasi Melayu’? Siapakah yang menerajui kerajaan ketika isu ICERD dan Statut Rom membangkitkan kemarahan kaum Melayu kerana ratifikasi kedua-dua dasar global itu akan melenyapkan kuasa Raja-Raja Melayu?
PEJUANG PARTI YANG HIDUP TAK BERGUNA, TAPI MATI TAK MAHU
Pejuang mempunyai empat kerusi DUN iaitu di Jitra, dan di Anak Bukit, Kedah, di Jeram dan di Kuang Selangor, yang mereka menangi ketika bertanding di bawah tiket Bersatu pada 2018. Mukhriz sedar survival atau kesinambungan hayat mereka bergantung kepada gabungan parti yang dominan seperti PN atau PH. Malangnya kedua-dua gagasan besar itu menolak Pejuang. Lantas, lebih baiklah Mukhriz menerima nasihat Tuan Ibrahim daripada hidup tak berguna, mati tak mahu.
TUN MAHATHIR ADALAH PUNCA KEMELUT POLITIK NEGARA
Bagi pandangan umum ia adalah satu kemelut politik yang amat menjengkelkan apabila ekonomi negara terkesan dengan bursa saham yang jatuh merudum serta pelabur asing yang ‘lari’ ke negara jiran seperti Indonesia, Thailand, dan Vietnam yang diterjemahkan sebagai lebih stabil dari aspek politik. Namun apa yang memperkukuhkan titah baginda DYMM SPB Yang diPetuan Agong serta persepsi rakyat ialah tindakan Mahathir meninggalkan parti Pejuang yang kononnya ditubuhkan untuk membela kaum Melayu-Peribumi serta agama Islam.
TUN MAHATHIR, MAHUPUN PEJUANG DAN GTA TIDAK LAGI RELEVAN DAN TERANG-TERANGAN DITOLAK RAKYAT
Kekalahan GTA bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya, telah dijangka, meskipun Mahathir melaungkan kegoannya tentang kekuatan GTA dan sokongan pengundi Melayu. Perkara yang mengejutkan ialah apabila skala kekalahan Pejuang dan GTA adalah sesuatu yang sungguh memalukan meskipun diketuai oleh Mahathir yang dahulunya dijulang tinggi melangit. Dengan penilaian dan telahan masa depannya yang amat kabur, amatlah tidak relevan untuk pemimpin muda dalam GTA mempertaruhkan masa depan mereka memperjuangkan kesinambungan hayat GTA mahupun Pejuang.
ADAKAH KEKALAHAN TUN MAHATHIR AKAN SEDARKAN KEEGOANNYA UNTUK BERHENTI BERPOLITIK?
Tun Mahathir yang tidak pernah puas melihat kaum Melayu berpecah-belah, kini mungkin berasa amat gembira apabila lagi sekali melihat parti-parti gabungan yang menolak parti cauvinis Cina DAP kalah semalam di PRU15. Mungkin Mahathir lebih puas hati apabila melihat Pakatan Harapan menang di Semenanjung yang membolehkan DAP lagi sekali mendominasi gabungan itu.