RAKYAT SABAH PUN MARAH PN

Pada satu kenyataan Muhyiddin lain menyeru rakyat dan pemimpin Sabah agar mewujudkan hubungan yang intim antara kerajaan Negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan. Malangnya pada majlis yang lain, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang amat berbeza apabila dia mengatakan “kerajaan persekutuan tidak akan membantu kewangan dan pembangunan Sabah” sekiranya kerajaan Negeri Sabah tidak sehaluan dalam soal urus tadbir dengan Kerajaan Persekutuan. PM TS Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN khususnya, hendaklah berhati-hati dengan emosi rakyat dan kepimpinan politik di Sabah, kerana gejala ‘katak politik’ amat lewah di sana.

PRESIDEN DIASAK SEBAGAI PEMBELOT PADA PRINSIP PERJUANGAN UMNO

Dengan itu sekiranya ada suara-suara sumbang, atau bisikan dalam selimut, maka semua itu adalah fitnah puak yang mahu UMNO musnah dan berkubur. Zahid mahu berjuang bersendirian. Namun dengan asakan daripada tuduhan-tuduhan terancang dengan lebih 30 kes yang tidak pernah berlaku di mana-mana di dunia ini, adakah Zahid boleh meneruskan survival politiknya bersendirian? Adakah dengan itu telah membuat pemimpin UMNO percaya bahawa fitnah kerjasama Zahid-Anwar adalah benar demi survival Zahid?

IKLAN TAWARAN LOMPAT KATAK WARISAN TIDAK LAKU

Sayugia ia akan memadamkan kuasa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan keadaan akan kembali kepada gejala ketidakstabilan politik Sabah sama seperti keadaan sebelum PRN Sabah tempoh hari. Naratif sedemikian diterjemahkan sebagai iklan yang menawarkan habuan ‘lompat katak’ sebagaimana yang didedahkan oleh mantan KPN Hamid Bador, yang sewajarnya ditanggapi sebagai rasuah politik dan perlu diambil tindakan oleh SPRM.

WordPress.com.

Atas ↑