TOMMY THOMAS DEDAH TINDAKAN DWI-STANDARD MAHKAMAH TERHADAP NAJIB

Ironinya Thomas juga mengatakan bahawa kes tersebut adalah ‘rumit’ kerana terdapat banyak dokumen dan transaksi yang perlu disemak. Dalam temu bual itu, Thomas menyifatkan dokumentasi kes itu sebagai "banyak". Namun sekiranya ia ‘rumit dan melibatkan dokumentasi yang banyak’ kenapakah mahkamah Persekutuan seperti tergesa-gesa mahu menjatuhkan hukuman terhadap Najib, sedangkan bukti baharu ditolak.

PH PUNCA BADAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN NEGARA ROSAK DAN JIJIK

Secara kasarnya ia bermula dengan pendekatan diktator yang digunakan oleh Dr Mahathir apabila dialah PM pertama yang mencampuri urusan badan kehakiman negara, sebagaimana didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad. Persepsi rosaknya badan kehakiman negara, menjadi hangat apabila pemimpin DAP, Lim Guan Eng terlibat dalam kes Pembelian Banglo Murah dan kes rasuah Terowong Bawah Laut.

VIDEO – SIAPAKAH MAHATHIR MAHU PERTIKAIKAN TETAMU DYMM AGONG?

Pemimpin tua yang dilabelkan oleh MO Ibrahim sebagai ‘pemimpin tua yang hanya mampu membawa rakyat ke kubur’ telah mempertikaikan jemputan DYMM SPB YDP Agong ke atas DS Najib sebagai tetamu DiRaja, sebagai sesuatu jemputan yang tidak wajar ke atas seorang banduan. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang amat biadap apabila dia berkata. "Pandangan saya banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek. Mahathir rabun untuk melihat DS Najib sebagai mangsa konspirasi dan konspirator yang mengekang badan kehakiman negara, malahan rakyat melihat bahawasanya dialah bapak konspirasi yang mendukung agenda untuk ‘membunuh’ kerjaya politik DS Najib sebagaimana dia telah membunuh kerjaya politik pemimpin kanan negara yang lain, termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussien Onn, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Badawi dan ramai lagi.

SELEPAS NAZLAN, PENDAKWARAYA, GOPAL SRI RAM PULA DIDAKWA MENERIMA DANA 1MDB

Sekiranya Gopal pernah diarahkan oleh Mahathir supaya memujuk Apandi Ali yang ketika itu adalah Peguam Negara, maka dunia dan penghuninya yang waras pasti tahu siapakah orangnya. Sewajarnya sebagaimana yang pernah disarankan oleh beberapa pemerhati dan penganalisis politik, DS Najib hendaklah dibebaskan, kesnya ditutup atau dibicarakan semula dengan memberikan perhatian serius kepada integriti para hakim dan pendakwaraya yang mengendalikan kes.

AMBIGA DAN BAR COUNCIL BUKAN MAHU LINDUNG NAZLAN, TAPI MAHU LINDUNG KONSPIRASI PH

Jika mereka boleh menangpun kerana pengaruh, namun yang sangat mereka takuti adalah sesi soal jawap dalam mahkamah. Sesi soal jawab boleh mendedahkan banyak perkara berkaitan konspirasi bahawa selain “fake manifesto’ Pakatan Harapan juga lahir kan ‘fake cases’. PH amat takut jika Nazlan diaseret kerana bakal terdedah kerja kerja Gopal Sri Ram dari hal perlantikan Nazlan sehingga penyiapan skrip kes terhadap Najib.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: