BOLEHKAH DIPERCAYAI BAYARAN PENYELESAIAN GOLDMAN SACHS USD3.9 BILION KEPADA MUHYIDDIN SEDANGKAN JUMLAHNYA AMAT RENDAH DARIPADA SEPATUTNYA?

Adakah Goldman Sachs bersetuju dengan angka yang lebih tinggi diletakkan kerajaan Malaysia sebelum penyelesaian pampasan dengan Muhyiddin? Jika spekulasi pemerhati ekonomi dan politik itu benar, maka nampaknya ada jerung oportunis yang menangguk di air keruh, tetapi menjerit-jerit ada perompak sedangkan perompak itu adalah dirinya sendiri.

TERBONGKAR DAP SEMBUNYIKAN LEBIH 350 KONCO-KONCONYA YANG MENERIMA WANG 1MDB

Apa yang lebih mengejutkan ialah pendedahan bahawa bekas Peguam Negara Tommy Thomas telah menutup kes terhadap 346 lagi penerima wang 1MDB yang merupakan konco-kpnco DAP Pulau Pinang yang berjumlah lebih RM307 juta. Lim Guan Eng dan pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang kini berada dalam kebimbangan yang bangat kerana pendedahan berkaitan skandal DAP dalam 1MDB akan meletup sebagaimana dinyatakan oleh Malaysia Today.

GUAN ENG DAN MAHATHIR PURA-PURA TIDAK TAHU DAN CUBA SEMBUNYIKAN PERUNDINGAN MEREKA DENGAN JHO LOW

Itulah perangai hipokrit Lim Guan Eng dalam retorik politiknya untuk menyalahkan kerajaan sedia ada sedangkan hakikatnya rundingan antara kerajaan Malaysia dan Jho Low sebenarnya telahpun dimulakan oleh Pakatan Harapan sejurus selepas mereka mengambil alih kerajaan pada Mei 2018. Manakala dalam perkembangan muthakhir, Dr Mahathir telah menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas Peguam Negara Apandi Ali kerana dikatakan telah berunding dengan Jho Low. Namun hakikatnya Mahathirlah orang pertama yang telah berunding dengan Jho Low sebagaimana didedahkan oleh Al Jazeera, tidak lama setelah PH berkuasa.

KERAJAAN PH-PN BOHONG JAJA NEGARA TERHIMPIT KERANA BAYAR HUTANG 1MDB

Sebenarnya satu sen pun prinsipal hutang 1MDB yang dikatakan sebanyak RM32b tidak pernah dibayar oleh PH-PN tetapi menghebohkan pada rakyat seakan-akan negara menderita kerana hutang tersebut. Lantas selama ini, bertahun-tahun sejak kerajaan PH dan PN berkuasa, mereka menjaja dan berkompang  bahawa kedudukan kewangan negara tertekan sebab perlu bayar hutang 1MDB sebanyak RM32b hanyalah pembohongan, apabila satu sen daripada RM32b itu tak pernah dibayar. Misalnya, bayaran sebanyak RM19 bilion yang diterima dari Goldman Sachs bukanlah dari wang rakyat. Itu wang Goldman Sachs yang boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB. RM23 bilion yang telah diterima setakat ini dicampur dengan penjimatan RM15 bilion menjadikan jumlah RM38 bilion (RM23 bilion + RM38 bilion). RM38 bilion ini sudah cukup untuk menjelaskan segala prinsipal hutang dan faedah 1MDB.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: