KRONI MAHATHIR GELABAH DENGAN UCAPTAMA DAN TINGGALKAN FORUM WCEF

Lee Kim Yew yang merupakan salah seorang pengasas WCEF, melahirkan rasa kesal kerana Najib, yang disabitkan atas tuduhan rasuah (dakwaan terpilih PH), dijemput untuk menyertai acara perniagaan berprestij itu. Lee mengeluarkan kenyataan, “Kali ini, mereka (WCEF) mengundang bekas Perdana Menteri, seorang penjenayah yang telah disabitkan dan sedang menunggu rayuan. Pastinya mereka mengundang perhatian media, dan juga berlaku salah faham terhadap saya.” DS Anwar Ibrahim telah berjaya dipenjarakan, Tun Musa Hitam bijak meletakkan jawatan sebelum apa-apa penganiayaan terhadapnya, Tun Abdullah juga mengundur diri, tetapi DS Najib yang menjadi harapan rakyat tidak mahu menghampakan mereka, tetap bertegas untuk menentang hipokrasi Mahathir dengan dakwaan terpilih serta masuk campur dalam urusan kehakiman.

DS NAJIB DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN PENERAJU EKONOMI MESKIPUN DIHIMPIT DENGAN PELBAGAI FITNAH DAN PENGANIAYAAN

Jemputan tersebut adalah satu kontradiksi kepada segala tuduhan dan fitnah ke atas beliau yang dilihat telah berjaya mengangkat ekonomi Malaysia kepada kedua terbaik di Asia selepas China. Ia juga merupakan satu tamparan kepada pihak yang telah merencanakan konspirasi politik untuk membunuh kerjaya politik Najib. Diharapkan tiada sesiapa yang akan dikejarkan ke IJN selepas forum WCEF 2021 ini.

MAHATHIR PUTAR-BELIT TENTANG FOREST CITY UNTUK MENUTUP SKANDAL PULAU BATU PUTIH

Memetik laporan Bernama pada 1999, projek JB Waterfront City yang dirasmikan oleh Dr Mahathir sendiri akan membangunkan 41 blok bangunan komersial termasuk lima menara pejabat berketinggian 30 hingga 40 tingkat, tiga hotel dan sebuah pusat konvensyen berkapasiti 5,000 orang. Projek berkeluasan 118 ekar dengan kos pembangunan RM6 bilion itu lapor Bernama akan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tapak pembangunan atas laut terbesar di dunia apabila ia siap. Lantas, siapakah Mahathir yang mahu mengkritik projek Forest City? Berbanding dengan Forest City, projek pulau tambak laut DAP itu adalah jauh lebih besar daripada projek Forest City apabila ia meliputi kawasan seluas 4500 ekar berbanding Forest City hanya seluas 3425 ekar. Mengapa Mahathir tidak bising apabila projek DAP itu hanya mampu dibeli oleh warga kapitalis Hong Kong, Singapura dan China, sedangkan rakyat Melayu Pulau Pinang terhimpit dengan kos sara hidup yang mahal dan ramai telah berhijrah ke Kedah?

HOC – ZURAIDA JILAT MUNTAH KALDAI TUA DAP

Isu Forest City masih lagi panas, apabila Mahathir pada Ogos tahun lalu telah mengisytiharkan bahawa kediaman di Forest City yang bernilai kira-kira RM100 bilion adalah diharamkan kepada rakyat asing. Kata Mahathir, "Satu perkara yang pasti, bandar yang akan dibina tidak boleh dijual kepada orang asing. Kami tidak akan memberikan visa untuk orang datang dan tinggal... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: