Premis yang cuba diketengahkan Loke adalah supaya projek pengangkutan awam sedemikain dihentikan. Sebaliknya adakah kerana projek-projek tersebut tidak diberikan kepada kroni-kroni DAP? Hakikatnya Loke tidak melihat bahawa pembinaan rumah kediaman pencakar langit di Lembah Kelang adalah punca utama yang menjadikan Lembah Kelang sesak dan padat, lantas menyebabkan kesesakan lalu lintas. Lihatlah apabila terbinanya rumah pencakar langit, jumlah penduduk menjadi padat tertumpu pada radius yang kecil, sedangkan setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai dua kenderaan.