PEMIMPIN MELAYU DALAM CEC DAP HANYALAH PATUNG MANEQUIN

Di PRN Johor misalnya DAP telah meletakkan Marina Ibrahim di DUN48, Skudai di kawasan majoriti Cina supaya terlihat bahawa ia tidak mengabaikan kaum Melayu tetapi pada hakikatnya sebagaimana keputusan pemilihan CEC DAP pada Ahad 20 Mac, kaum Melayu hanyalah patung manequin semata-mata. Pada senarai pemimpin terpilih CEC, ia menunjukkan warna DAP yang sebenar, apabila dalam senarai 30 calon yang dipilih, hanya seorang sahaja daripada kaum Melayu, itu pun merupakan seorang wanita yang mudah dicucuk hidungnya.

HIMPUNAN ‘TANGKAP AZAM BAKI’ ADALAH SERANGAN TERSASAR YANG KENA MUHYIDDIN-BERSATU

Namun sekiranya pihak demonstrasi ‘Tangkap Azam Baki’ mahu menyerang UMNO dan Ismail Sabri, nampak sangat mereka ini bongok, dan emosional, kerana yang melantik Azam Baki adalah Presiden Bersatu iaitu Muhyiddin Yassin yang menggantikan PH-Mahathir. Mereka mahu Azam Baki ditangkap, tetapi mereka lupa Azam Baki adalah sebahagian daripada mekanisme untuk kenakan dakwaan terpilih terhadap pemimpin UMNO supaya ada yang sanggup menjadi ‘katak politik’ untuk memperkukuhkan Bersatu. Banner dan playcard mereka tertulis ‘tangkap corruptor’ tetapi mereka lupa bahawa Syed Saddiq dan Lim Guan Eng juga sedang menghadapi tuduhan sebagai ‘corruptor’.

ANWAR CUBA ALIH PERHATIAN RAKYAT DARIPADA ISU KEMATIAN ORANG DAP KEPADA ISU KERTAS PANDORA

Kertas Pandora tidak menyentuh dana tersembunyi di Bank Israel, Bank Swiss, Bank Ziraat, Garanti Bank, Bank of China, Sber Bank, Branco Inversiones, Grazprombank, Alfa Bank dan banyak lagi yang memberi jaminan perlindungan yang ekstream terhadap akaun pendeposit dan maklumat peribadi pendeposit. Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam (Gerakan), Liang Teck Meng pernah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Bank Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta. Wikileaks dilihat lebih berwibawa daripada Kertas Pandora kerana maklumat diperolehi daripada dokumen rahsia dan data informan, serta penggodam, dan bukannya wartawan penyiasat yang pernah dilabelkan oleh Ketua Editor New York Times, John Swinton, sebagai pelacur intelektual yang akan sanggup mengubah fakta jika dibayar.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: