DAP DAN PKR BERBALAH KERANA PARTI UNITED DEMOCRATIC ALLIANCE@MUDA

Klise bahawa parti ‘United Democratic Alliance’ (UDA) sebagai parti untuk anak muda hanyalah satu retorik dangkal dan pembohongan belaka kerana daripada nama parti, rakyat boleh tahu ia bukanlah bermatlamatkan ideologi atau falsafah yang mengangkat golongan muda, sebalik adalah parti yang condong kepada ideologi yang didukung oleh DAP atau ‘Democratic Action Party’. Jika dia adalah parti 'United Democratic Alliance', maka siapakah yang menjadi entiti 'alliance'nya itu selain daripada Democratic Action Party@DAP?

PARTI ‘MUDA’ ADALAH BALACI DAP, BUKAN UNTUK GENERASI MUDA

Patutlah pada hari penamaan calon Syed Saddiq dengan bersemangat menjadi pencadang kepada Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor. Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng memberi rangsangan kepada Syed Saddiq supaya menjadi peneraju di PRN Johor, sedangkan MUDA tiada jentera, tiada modal dan tiada akar umbi. Lihatlah pula bagaimana dia cuba menentang PKR di DUN Larkin sebagai tanda dia adalah proksi DAP yang kini tidak lagi sehaluan dengan PKR. Lihatlah pula calon MUDA di DUN Tenang, Lim Wei Jiet yang terang-terangnya merupakan pejuang anti-sistem Raja Berpelembagaan, pembela PGBT dan Etheis.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: