PM JANGAN JADI KELDAI DIN PAGOH YANG UGUT TUNTUT JAWATAN MENTERI ZURAIDA

Daripada realiti lanskap politik terkini, DS Ismail Sabri mahu jawatan itu dikekalkan kepada Zuraida supaya kesinambungan usaha beliau mentadbir dan menguruskan kementeriannya dapat diteruskan, meskipun setelah meninggalkan PPBM. Kuasa prerogatif berada di tangan PM dengan perkenan DYMM Agong. Tiada faedahnya membuang katak dan mengambil katak baharu sedangkan sememangnya sifat katak adalah melompat, sama ada mencari mangsa atau mencari kolam untuk kesinambungan hayatnya!

VIDEO – PPBM DAN MUHYIDDIN AKAN JADI PENGEMIS SELEPAS PRU15, PAS AKAN DOMINASI PN

Tidak hairanlah sekiranya ada dalam kalangan penganalisis politik yang menterjemahkan kerajaan PN yang didominasi PPBM dan Muhyiddin selama 17 bulan tempoh hari, sebagai ‘kerajaan katak’. Lantas apabila mereka melompat keluar parti UMNO dan PKR atas apa juga alasan, mereka telah kehilangan akar umbi, tiada jentera parti, sedangkan kawasan parlimen mereka adalah kawasan tradisi UMNO dan PKR. Survival politik Muhyiddin tidak cukup dengan kemenangan kerusi parlimennya sahaja, kerana dia mungkin terpaksa mengharapkan belas ikhsan Mahathir yang selama ini melabelkan Muhyiddin sebagai pengkhianat, sebagaimana persepsi semua pemimpin PH yang lain.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: