VIDEO – ADAKAH JHO LOW DIHILANGKAN UNTUK MEMENUHI KONSPIRASI MAHATHIR?

Lebih mengelirukan apabila Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak mahu berperang dengan negara lain kerana mahu mengekstradisi Jho Low, sedangkan usaha ekstradisi itu adalah termasuk dalam undang-undang antarabangsa bagi mengatasi masalah jenayah apatah lagi ia melibatkan AMLA yang mencakupi undang-undang ‘Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Pengganas.’ Lebih malangnya Mahathir telah menjadikan DS Najib Tun Razak sebagai mangsa spekulasi, manipulasi dan konspirasi. Malangnya Jho Low tetap gagal ditemui atau Jho Low seakan-akan lebih hebat daripada Saddam Hussein, Osama Laden mahupun Pablo Escobar yang amat mudah dijejaki oleh Interpol. Seandainya Jho Low tertangkap, maka akan terdedahlah segala fitnah, hasutan dan penipuan yang bertahun-tahun dicanang oleh Mahathir terhadap DS Najib dalam konspirasinya menjatuhkan Barisan Nasional dan mengambil alih Putrajaya, sebagaimana kemenangan ‘haram’ PH pada PRU14.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: