Menurut Timbalan Presiden PAS, DS Tuan Ibrahim, GPS bukan komponen PN di Persekutuan tetapi hanya sekadar mesra dengan PN dan GPS tidak menstabilkan kerajaan pusat. Namun, adakah dengan bertanding di Sarawak itu PAS akan menstabilkan kerajaan Pusat atau kerajaan negeri Sarawak? Jika PAS teruskan hasrat untuk bertanding di PRN Sarawak, nampaknya PAS akan dilihat sebagai pemecah undi, pengkhianat kepada kestabilan negeri Sarawak serta tamak.
SURAT FITNAH LAGAKAN UMNO-PAS
Pastinya pihak yang menjadi batu api itu sedang gelabah dan amat terdesak kerana kedudukan dan kekuatan Muafakat Nasional akan menjadi tsunami yang akan membenamkan kekuatan PH terutamanya DAP, serta menamatkan hayat politik Tun Mahathir pada PRU15 nanti.