TAKIYUDDIN BOHONG TENTANG KEBERKESANAN DARURAT

Lihatlah bagaimana pihak hospital merintih mendapatkan kontena simpanan mayat, dan pihak penggali kubur di Shah Alam terpaksa menyediakan 25 liang lahad semalam untuk 25 jenazah yang mati akibat Covid19. Ia ibarat mengebumikan mangsa perang! Itupun belum lagi dibicarakan tentang pusat pembakaran mayat dan jumlah kadar bunuh diri kerana depresi ekonomi keluarga, serta banyaknya bendera putih yang tergantung di kawasan ‘urban poor’ atau miskin bandar, apatah lagi penderitaan rakyat desa dan pedalaman. Inikah kejayaan proklamasi Darurat?

VIDEO – GERUN APABILA KONTENA DIPERLUKAN UNTUK MAYAT MANGSA COVID19

Kebanyakan hospital utama yang mengendalikan mangsa Covid19 sedang mengalami kesempitan ruang simpanan mayat mangsa Covid19 dan terpaksa menggunakan kontena yang boleh memuatkan antara 12 hingga 20 mayat bagi kontena bersaiz enam meter sementara menunggu giliran untuk diuruskan. Menteri Undang-Undang DS Takiyuddin Hassan pernah mengeluarkan kata-kata ‘jaminan’ bahawa Darurat telah membawa kejayaan sebagai pendekatan mengekang Covid19. PM TS Muhyiddin Yassin, pula pesimistik bahawa situasi di Malaysia akan menjadi tidak terurus jika jumlah kes jangkitan meningkat kepada 13,000 kes sehari. Hakikatnya, angka tersebut telah pun menjadi kenyataan pada 15 Julai (3 hari lalu) apabila rekod menunjukkan jumlah kes jangkitan harian adalah 15,215 dengan 110 kes kematian.

BERPULUH TAHUN ASYIK MENGKRITIK, BILA JADI MENTERI DIA TERUS BIADAB

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegur kenyataan yang dibuat oleh Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin yang dianggap biadab terhadap titah Yang Di-Pertuan Agong untuk membuka semula sidang Parlimen dengan kadar segera. Inilah yang terjadi kepada PH ketika memerintah tetapi hanya kekal selama 22 bulan sahaja, apabila pemimpin mereka menunjukkan kepimpinan buruk dan teruk sehingga ada yang terbabit dengan pengganas anatarabangsa LTTE, menyerapkan ideologi komunis, penyokong pembunuhan anggota bomba, bersekongkol dengan kartel dadah, merembat wang rakyat melalui projek terowong bawah laut yang membazir, menjadikan mahkamah sebagai institusi undang-undang rimba, terlibat dengan kes rogol, memperjuangkan sistem republik dan macam-macam lagi, setelah sekian lama penat mengkritik dan akhirnya mendapat ‘mandat’ rakyat kononnya dengan pembohongan, fitnah dan janji palsu. Kontradiknya, mereka amat pandai mengkritik.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: