BILAKAH SANDIWARA MUHYIDDIN AKAN TUTUP TIRAI?

Kegagalan kerajaan PN dalam tindakan mikro tertonjol sedikit demi sedikit, apabila kadar jangkitan Covid19 meningkat mendadak, rakyat menderita kerana halangan mencari rezeki, kilang-kilang kapitalis yang penuh dengan pekerj asing terus beoperasi, kontena mayat diperlukan oleh Hospital, penggali kubur dikejutkan dengan jenazah yang banyak, lantas rakyat kehilangan kerja dan ramai jatuh kepada tahap kemiskinan tegar. Sedangkan kadar jangkitan Covid19 mendadak naik sehingga Malaysia diangkat sebagai negara mangsa tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk. Semuanya benar, tiada yang tidak benar kecuali persepsi rakyat dan blok pembangkang menterjemahkan segala episod sebagai sandiwara hebat Muhyiddin dan kerajaan PN.

PM BELA TINDAKAN BATAL OD TAPI PEGUAM, AHLI AKADEMIK KUTUK TINDAKAN, MANAKALA DYMM AGONG AMAT DUKA CITA

JIka Pejabat PM dan Muhyiddin mendakwa mereka benar, bagaimanakah pula dengan watikah daripada Istana Negara yang menzahirkan rasa amat duka cita DYMM Agong terhadap kenyataan DS Takiyuddin Hassan pada hari pertama Sidang Khas Parlimen itu? Mungkin rakyat tidak tahu konsep dan prosedur undang-undang, namun apabila peguam, ahli politik yang terdiri daripada pakar undang-undang, tokoh akademik dan penganalisis politik dengan terbuka mengkritik Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang bahawa tatacara pemakluman pembatalan OD adalah salah dan diterjemahkan sebagai biadab terhadap DYMM Agong, adakah rakyat masih mahu membela Muhyidin dan konco-konco dalam kabinet? Tetapi yang jelasnya Takiyuddin sememangnya bermulut biadap dan memalukan PAS sebagai parti yang mendukung prinsip agama suci Islam.

VIDEO – ISTANA NEGARA BUKTIKAN TAKIYUDDIN BIADAB PERDAYA RAKYAT

Pertamanya Kerajaan Persekutuan telah membatalkan Ordinan Darurat 2021 sedia ada berkuatkuasa pada 21 Julai 2021 dengan mendakwa mendapat perkenan DYMM Agong. Keduanya, Kerajaan Persekutuan tidak akan mendapatkan perkenan DYMM untuk memproklamasikan Ordinan Darurat baharu pada 2 Ogos setelah ia tamat pada 1 Ogos 2021 ini. Kontradiknya pagi ini 29 Julai 2021, Istana Negara telah mengeluarkan satu Kenyataan Media bahawasanya DYMM Agong menzahirkan rasa amat duka cita dengan kenyataan Takiyuddin di parlimen pada 26 Julai 2021 bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat, walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

VIDEO – KERAJAAN HILANG KUASA EKSEKUTIF SETELAH OD DIBATALKAN

Dalam keadaan darurat, Yang di-Pertuan Agong telah memberikan kuasa pentadbiran yang ada pada Seri Paduka Baginda kepada kerajaan melalui Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021. Kuasa untuk urus tadbir negara semasa darurat diberikan oleh DYMM Agong kepada kerajaan bawah Muhyiddin Yassin menurut Seksyen 11. Apabila mereka mengatakan bahawa mereka telah membatalkan atau memansuhkan (semua ordinan darurat) mulai 21 Julai, ini bermakna Seksyen 11 sudah tidak lagi terpakai.

VIDEO – RAKYAT DIPERDAYA APABILA ORDINAN DARURAT DIBATALKAN TANPA WARTA

Sewajarnya pembatalan Ordinan Darurat 2021 hendaklah dimaklumkan secara rasmi dan diwartakan supaya rakyat tahu tentang tindakan undang-undang ke atas mereka apabila mereka didapati melanggar ordinan tersebut. Menurut penggiat undang-undang Tuan Haniff Khatri, dengan pembatalan Ordinan Darurat 2021, kerajaan PN secara automatisnya kehilangan kuasa eksekutifnya dalam hal mengurus tadbir negara. Dengan itu juga, pembatalan Ordinan Darurat 2021 telah mewujudkan krisis perlembagaan dan negara tidak mempunyai kerajaan untuk mengurus tadbir negara dari 21 Julai hingga 1 Ogos (1 Ogos adalah tarikh yang diwartakan).

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: