IDRIS HARON PENGECUT LARI BALIK KAMPUNG

Sebelum ini, bekas ADUN Sungai Udang itu melaungkan bahawa dia menyahut cabaran DS Mohamad Ali untuk bertanding di DUN Tangga Batu pada PRN 20 Nov ini. Tapi nampaknya Idris telah lari daripada bertanding di Sungai Udang, sebaliknya dia akan bertanding di Asahan dan akan dicabar oleh 4 lagi calon, iaitu UMNO, Gerakan, dan dua calon Bebas.

VIDEO – DAP TOLAK NORHIZAM KERANA DIA ‘ANTI-BABI’

Lantas, mampaknya strategi Norhizam menyokong Idris Harun, tidak menjadi dan kini meletakkan dirinya terkontang-kanting tanpa dahan untuk bergantung. Mentelahan lagi, dia dikenali sebagai juara ‘anti-Babi’ yang secara tidak langsung pastinya gagal menarik sokongan pihak yang amat ‘cintakan babi.’ Presiden Amanah, Mat Sabu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia lebih rela makan babi bersama Lim Guan Eng daripada makan ayam bersama DS Najib Tun Razak.

IDRIS HARUN SEPERTI KALAH ‘JUDI’

Nampaklah sangat bahawa survival politik Idris Harun amat malap dan pudar, kecuali dia dapatkan sokongan daripada pembangkang, dan jatuhkan Ketua Menteri sedia ada dengan bidaan supaya dia dilantik sebagai Ketua Menteri kembali. Idris takut dengan PRN kerana dia pasti kalah sebagaimana dia kalah di Tangga Batu. Idris memberi alasan bahawa dia tidak mahu PRN Melaka diadakan kerana pandemik Covid19 masih tegar dan PRU pun pastinya akan diadakan dalam tempoh kira-kira 1 tahun setengah lagi. Lantas sekiranya PRU tidak lama lagi, kenapa Idris harus gelojoh dan terburu-buru? Pastinya kerana dia bimbang dia tidak lagi dipilih oleh akar umbi UMNO baik di Tangga Batu mahupun di mana-mana jua di Melaka.

PERLUKAH UMNO PECAT RAUF KERANA MELUTUT PADA DAP?

Nampaknya bagi Abdul Rauf tindakan sedemikian adalah tindakan yang amat terdesak untuk menyelamatkan ‘Kota Melaka’ sehingga terpaksa melutut kepada musuh setelah dua ADUN UMNO, seorang ADUN Bersatu dan seorang ADUN Bebas mengambil keputusan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri. Meskipun Rauf telah menafikan hebahan media sebagaimana yang dilaporkan oleh FMT bahawa dia telah ‘meminta nyawa’ kepada DAP demi menyelamatkan kerajaan Melaka, namun Rauf telah mengaku bahawa dia telah mengadap pucuk pimpinan DAP Melaka dan mengadakan perundingan dengan tawaran kedudukan jawatan, tetapi tidak diendahkan oleh DAP. Walau apapun agenda Rauf, tindakan dia mengadap DAP dengan tawaran tertentu, adalah bertentangan dan mencabuli prinsip ‘No Anwar, No DAP’, kecualilah dasar tersebut telah dicairkan.

IDRIS HARON TERJEBAK DENGAN PERANGKAP SENDIRI

Dalam keadaan negara sedang terkial-kial memerangi pandemik Covid19, nampaknya Idris seperti tidak mempedulikan keadaan dan situasi keselamatan rakyat yang amat kritikal. Kini keadaan menjadi kusut buat Idris apabila UMNO memecatnya dan Nor Azman Hassan manakala Bersatu pula memecat Effandi. Nampaklah sangat bahawa Idris sebenarnya kempunan hendak mendapatkan semula jawatan Ketua Menteri, setelah kerajaan PH runtuh, manakala jawatan tersebut diberikan kepada DS Sulaiman Md Ali. Malangnya, dia terperangkap dengan jebaknya sendiri, apabila UMNO memecatnya yang menjadikan masa depan politiknya kini kabur.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: