PRN SABAH: RAMALAN MELESET TENTANG KEMENANGAN WARISAN

Isu ‘Malaya jangan campur tangan di Sabah’ juga satu isu yang tidak masuk akal. Pihak manakah yang membantu Sabah daripada serangan militan Sulu, jika bukan tentera bersekutu dari Semenanjung? Lebih aneh lagi, tidakkah DAP yang telah memenangi 6 kerusi DUN adalah parti bangsa Cina yang berasal daripada ‘Malaya’? Begitulah juga dengan PKR. Paling hipokrit, apabila Shafie menelefon Tun Mahathir tentang kehadiran DS Najib Razak di Sabah untuk berkempen bagi pihak UMNO. Mengapa Shafie harus mengadu kepada pemimpin ‘Malaya’ jika tidak mahu orang Malaya campur tangan hal politik Sabah? Keegoan Warisan nampaknya seperti cuba menolak gabungan dalam Persekutuan Malaysia. Adakah itu sentimen majoriti rakyat Sabah?

SHAFIE CUBA RASUAH ANGGOTA KESELAMATAN RM10 JUTA UNTUK PANCING UNDI?

Dengan alasan yang amat manis Shafie cuba menjelaskan bahawa “Jumlah tersebut tidaklah banyak jika dibandingkan dengan risiko dan pengorbanan wira-wira negara ini, namun itu membuktikan komitmen Kerajaan Sabah meskipun agensi keselamatan berada di bawah bidang kuasa Persekutuan. Nampaknya Shafie cuba memberi definisi baharu terhadap istilah rasuah. Dia cuba menggunakan istilah ‘wang sumbangan’ ketika, menjelangnya PRN Sabah pada 26 September ini dan pada hari ini (22 September) untuk pengundian awal bagi anggota keselamatan.

PRN SABAH: PENGUNDI MESTI TOLAK WARISAN DEMI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAH

Sabahdaily mendakwa masih ada pemimpin politik Sabah yang bertindak seperti ‘musuh dalam selimut’ kerana masih mahu menyokong tuntutan militan dari Sulu itu. Lantas adakah Mohamaddin dan Shafie sebahagian daripada golongan yang didakwa oleh Sabahdaily itu?

WARISAN PERDAYA RAKYAT SABAH DENGAN PROJEK RM3 BILION EMPANGAN PAPAR

Pengerusi Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan (TAKAD) Diana Sipail meluahkan kekesalannya kerana sebelum PRU14 ketika mereka menentang projek Empangan Kaiduan, ramai yang membantah projek yang akan memusnahkan alam sekitar itu, tetapi kini setelah Warisan berkuasa, mereka hanya berdiam diri. SAPP, juga mempersoalkan cara tergesa-gesa di belakang tabir untuk meluluskan empangan Papar tanpa Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan pelantikan kontraktor China yang berkaitan dengan terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. Adakah ini yang menjadi alasan DAP terutamanya Lim Guan Eng, bermati-matian menyokong Shafie untuk diangkat sebagai PM ke-9?

BEKAS TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DAP SIFATKAN PEMBELAAN KEDAULATAN SABAH SEBAGAI JIJIK

Lihatlah apa terjadi setelah Shafie mengeluarkan kenyataan untuk terus berunding dengan Filipina pada 28 Ogos apabila pada 3 September Kementerian Luar Filipina terus mengambil langkah untuk membuka semula Jabatan Khas menuntut Sabah sebagai hak Filipina. Sedangkan rakyat menjadi saksi apabila Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah dan juga Presiden Warisan telah membuat keputusan membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai dan sekali gus mengisytiharkan PRN Sabah. Lantas, siapakah yang telah bertindak jijik setelah diketahui bahawa PRN akan berlangsung?

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: