SUDAH TIDAK ADA PEMIMPIN MELAYUKAH YANG HENDAK DIANGKAT SEBAGAI KETUA AMK SELANGOR?

Mungkin soal demografi dari aspek kaum tidak penting kepada PKR kerana Ahli Parlimennya dalam konteks jumlah kaum bukan-Melayu sememangnya lebih ramai. Bayangkanlah sekiranya ada ketua Melayu yang dikelilingi oleh majoriti kaum bukan-Melayu. Akibatnya suara kaum Melayu menjadi halus, cair dan tenggelam. Terkini, AMK PKR seperti sudah kehilangan pemimpin Melayu, sehingga terpaksa melantik pemimpin kaum Cina untuk menerajui AMK Selangor, sedangkan pemimpin Melayu yang ada dipecat wewenangnya.

JANGAN JADIKAN JAWATANKUASA KHAS DARURAT SEBAGAI KOSMETIK SEMATA-MATA

Inilah antara konflik yang terbangkit apabila tanpa merujuk kepada Seksyen 2(1) Ordinan Darurat 2021, Takiyuddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jemaah Menteri bertanggungjawab menasihati DYMM Agong untuk memutuskan sama ada Darurat perlu dilanjutkan atau tidak. Dengan itu, bagi Haniff Khatri, apa yang dikatakan oleh Takiyuddin adalah salah dan bertentangan dengan Ordinan Darurat 2021. Timbalan Speaker Dewan Rakyat DS Azalina Othman Said mengkritik keras kenyataan Takiyuddin bahawa kabinet akan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai sama ada darurat akan dilanjutkan atau tidak.

WordPress.com.

Atas ↑