VIDEO – BANYAK KES KEMATIAN, KENAPA HARUS TUNGGU HINGGA SEPTEMBER?

PM Muhyiddin seringkali memberi janji palsu kepada rakyat bahawa kerajaan tidak putus-putus berusaha untuk menyelamatkan rakyat. Namun sebagaimana ditempelak oleh bekas PM, DS Najib Razak, “Kamu berjanji berusaha, berusaha dan berusaha. Masa untuk berusaha sudah tamat. Apa gunanya berusaha, sekiranya seringkali gagal. Ini bukan ujian di sekolah, yang boleh diulang dan diulang.”

VIDEO – TUN M BARU SEDAR BODOHNYA DIA

Dia mengaku bahawa soal SOP adalah sesuatu yang amat susah dipatuhi apabila sudah berada di khalayak ramai, dan dia mengakui dia telah melakukan kesalahan. Tapi sebagaimana biasa, dia juga mahu dunia tahu, siapakah yang berani menahannya dan mengenakan kompaun kerana melanggar SOP PKP. Bagi pemimpin yang cerdik MP yang tamak kuasa seperti Anwar Ibrahim tidak perlulah berguling di jalan raya, kerana ia tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada lanskap poltik yang kini dipegang oleh TS Muhyiddin. DS Najib Tun Razak, membidas golongan yang gemar sangat bergolek-golek di jalan raya, apabila dia memberikan rasional bahawa undian di Parlimen atau PRU yang boleh menentukan perubahan kuasa secara sah dan legitimate, bukannya demonstrasi murahan di tepi jalan.

PM BELA TINDAKAN BATAL OD TAPI PEGUAM, AHLI AKADEMIK KUTUK TINDAKAN, MANAKALA DYMM AGONG AMAT DUKA CITA

JIka Pejabat PM dan Muhyiddin mendakwa mereka benar, bagaimanakah pula dengan watikah daripada Istana Negara yang menzahirkan rasa amat duka cita DYMM Agong terhadap kenyataan DS Takiyuddin Hassan pada hari pertama Sidang Khas Parlimen itu? Mungkin rakyat tidak tahu konsep dan prosedur undang-undang, namun apabila peguam, ahli politik yang terdiri daripada pakar undang-undang, tokoh akademik dan penganalisis politik dengan terbuka mengkritik Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang bahawa tatacara pemakluman pembatalan OD adalah salah dan diterjemahkan sebagai biadab terhadap DYMM Agong, adakah rakyat masih mahu membela Muhyidin dan konco-konco dalam kabinet? Tetapi yang jelasnya Takiyuddin sememangnya bermulut biadap dan memalukan PAS sebagai parti yang mendukung prinsip agama suci Islam.

PEMIMPIN PN IBARATKAN MAYAT MANGSA COVID SEPERTI SAMPAH YANG BOLEH DITOLAK DENGAN BULLDOZER MASUK KE DALAM LUBANG

Adakah kematian itu suatu perkara lumrah kepada golongan ini, sedangkan rentetannya terdapat kisah anak-anak yang masih belum tahu mencari rezeki sendiri, telah kehilangan ayah yang menjadi punca rezeki mereka, apatah lagi bagi seorang isteri yang kehilangan suami tempat bergantung. Usahlah dibincangkan soal rakyat yang lebih rela membunuh diri, hidup bawah jambatan, berumah dalam kandang kambing, dan bergelandangan di kaki lima, kerana hilang punca pendapatan. Tolonglah selami jiwa rakyat, bukan mencari jalan mudah untuk menyumbat mereka ke liang lahad dengan cara yang tidak bermaruah.

WordPress.com.

Atas ↑