VIDEO – DOKTOR KONTRAK AKAN MOGOK: APA AKAN JADI DENGAN MANGSA COVID DI HOSPITAL YANG SUDAH SEDIA SESAK?

Nampaknya Adham tidak memberikan satu pendirian yang tuntas terhadap masalah doktor kontrak tetapi menyerahkan kepada birokrasi urus tadbir kerajaan yang berleret-leret. Berbeza dengan respons pemimpin pegawai kesihatan KMM yang lain, apabila terdapat ugutan agar mana-mana doktor kontrak tidak menyertai hartal berkenaan, jika tidak mahu kontrak mereka ditamatkan atau dikenakan tindakan disiplin. Hakikatnya, lihatlah apa yang berlaku sekarang ketika pandemik yang tiada akhirnya ini menyerang negara, mereka menggadai nyawa berada di barisan hadapan untuk menyelamatkan mangsa Covid.

MUHYIDDIN HENDAKLAH LETAK JAWATAN DAN DIGANTIKAN PM INTERIM SEBELUM PRU15

UMNO mungkin malu dengan tohmahan bahawa PN adalah kerajaan yang ‘tidak mendapat mandat rakyat’ dan dengan itu amatlah wajar sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan supaya memberi laluan kepada pentadbiran sementara, sebelum PRU diadakan. Muhyiddin diminta meletakkan jawatan supaya memberi laluan kepada pembentukan pentadbiran sementara bagi menyelesaikan masalah Covid-19, bantuan untuk rakyat, dan untuk mencapai imuniti kelompok, sebelum membubarkan Parlimen untuk kembalikan mandat kepada rakyat.

RAKYAT LAWAN PH DI RANTAU

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau sudah pun berlangsung semalam 30 Mac, dan disahkan bahawa empat calon akan bertanding. Pertandingan empat penjuru itu disertai oleh DS Mohamad Hassan (BN-UMNO), Streram Sinnasamy (PKR), dan dua calon bebas R. Malar dan Mohd Nor Yassin. Daripada senarai calon, terbangkit isu yang riuh-rendah dibangkitkan oleh rakyat... Continue Reading →

VIDEO: UMNO SUDAH MATI ATAU ADA PEMIMPIN PH YANG SEDANG NAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=I4NPoEkffVE Video dimuat turun daripada Youtube Tun Mahathir dalam kempen untuk calon PPBM di PRK Semenyih tempoh hari, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘BN sudah tiada’ dengan tanggapan bahawa BN sudah mati dan UMNO juga sedang nazak. Katanya, “Sia-sia sahaja kita memilih calon BN. BN sudah tiada. Sudah ‘Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun’. “(BN) sudah habis, yang... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑