PAS MENDAKWA IA PARTI SEDERHANA TETAPI SEJARAH MENUNJUKKAN SEBALIKNYA – KHALED NORDIN

PAS mungkin bercakap dan menampilkan dirinya sebagai "lebih sederhana daripada sederhana" tetapi rekod prestasi parti itu jelas menunjukkan bahawa ia adalah tidak sederhana, kata Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin. PAS mungkin kelihatan sederhana pada masa kini tetapi itu bukan kerana ideologi atau pendekatan politiknya sederhana. “Sebaliknya ialah kerana PAS sedar bahawa ia perlu bersederhana untuk dijemput menjadi sebahagian daripada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan. "Mengapakah rakyat Malaysia boleh memilih BN selama 61 tahun dan bukannya PAS. Saya rasa semua orang tahu jawapannya.”

MAHATHIR TELAH KHIANATI NEGARA?

Ia membenarkan kebarangkalian bahawa Mahathir telah membuat keputusan sendiri, dan membangkitkan spekulasi bahawa terdapat urusan kerahsiaan antara Mahathir dan Singapura, di luar pengetahuan kabinet dan rakyat. Antara spekulasi yang terbangkit adalah, Mahathir telah membuat perjanjian dan bidaan dengan Singapura sebagai timbal-balas untuk ganti rugi pembatalan HSR (High Speed Rail) di bawah kerajaan BN. Ada juga dakwaan bahawa Mahathir mahu kerjasama Singapura supaya tidak berkongsi maklumat penting yang akan ganggu usaha Mahathir mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin BN.

SEMUA MAHU DARURAT DITAMATKAN KECUALI MUHYIDDIN-PN

Daripada data statistik yang dikeluarkan KKM pada 13 Januari berbanding 29 Mei 2021 (semalam), dapatlah dilihat dengan jelas bahawa jumlah kes jangkitan, jumlah kumulatif kes dan jumlah kumulatif kematian telah meningkat mendadak dan hampir menegak. Amatlah signifikan untuk menyatakan bahawa proklamasi Darurat yang dilaksanakan sebagai strategi mengekang pandemik Covid19 tidak berkesan dan gagal. Malahan daripada kadar peningkatan kes baharu sebanyak 202.2%, peningkatan kumulatif kes jangkitan sebanyak 286.5% manakala jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 370.7%, jelas sekali pelaksanaan ordinan Darurat dengan objektif untuk menyekat Covid19 telah gagal.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: