Ahli politik, pemimpin NGO dan netizen membantah pelantikan YB Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Malaysia ke Indonesia kerana tiada ketrampilan dan gaya komunikasi yang buruk. Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai, menggesa PM DS Ismail Sabri Yaakob membatalkan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Malaysia ke Indonesia kerana beliau tiada ketrampilan diplomatik untuk tugas itu.
MUHYIDDIN DIGESA LETAK JAWATAN KERANA GAGAL PULIHKAN NEGARA MELALUI MPN
Dengan itu amatlah wajar sekiranya Muhyiddin keluar daripada barisan kabinet Ismail Sabri sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri, apatah lagi alasan yang dijaja oleh Muhyiddin berkenaan tarikh-tarikh sogokan itu telah dibuktikan oleh rekod media sebagai tidak benar. Bukan sahaja Muhyiddin perlu meletakkan jawatan, malahan seluruh organisasi MPN perlu dibubarkan setelah dilihat tiada apa-apa peranan yang tuntas untuk memulihkan negara yang dilihat amat sesak sekarang ini.
DAP TIDAK HORMAT DYMM AGONG- BAGINDA YANG BERKUASA MEMUTUSKAN PEMBUBARKAN PARLIMEN
Meskipun terdapat ura-ura tentang tarikh PRU15, apabila situasi politik negara amat tidak stabil setelah PH tumbang kerana peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai PM kerajaan PH, kemudiannya diambil alih oleh kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang dikatakan ‘tidak mendapat mandat rakyat’, namun kemelut politik berterusan menggugat kestabilan ekonomi negara. Terkini meskipun PM adalah DS Ismail Sabri tokoh pemimpin UMNO tetapi komposisi menteri kabinet yang terpaksa disusun mengikut kehendak Muhyiddin-PPBM kerana dia mendominasi PN, keadaan pentadbiran dan pengurusan negara menjadi amat tidak stabil. Loke telah mengkritik PM Ismail Sabri yang dengan tuduhan ‘tidak konsisten’ dalam hal menentukan tarikh PRU15, namun dibidas oleh Ismail kerana kuasa menentukan pembubaran parlimen dan memberi laluan kepada PRU15 adalah kuasa DYMM Agong.
BADAN PENGGIAT EKONOMI MAHU PRU15 SEGERA DIADAKAN
Lihatlah bagaimana Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin mengugut PM DS Ismail Sabri meskipun mereka berada dalam barisan kabinet pemerintah yang sama. Inilah akibatnya sekiranya pentadbiran negara diberikan kepada pelbagai pihak daripada pelbagai serpihan politik daripada pelbagai ideologi. Beberapa organisasi perniagaan dan perusahaan telah mencadangkan supaya PRU15 segera diadakan untuk menamatkan kemelut politik yang melampau dan dengan itu membantu meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.
VIDEO – MALAPETAKA BANJIR DIPOLITIKKAN SEBAGAI KESALAHAN UMNO
antas mangsa hendaklah tahu bahawa Ahli Parlimen Shah Alam bagi bencana di bandar Sri Muda adalah Khaled Samad daripada Amanah. ADUN Sri Muda pula ialah Mat Shuhaimi Shafei daripada PKR.