PELBAGAI SPEKULASI TIMBUL SETELAH JEPUN BERI AMARAN SERANGAN PENGGANAS

Lantas timbul pelbagai spekulasi sensasi, adakah pengganas antarabangsa yang dimaksudkan adalah kumpulan ‘ekstremis agama’ sebagaimana kumpulan al-Qaeda yang anti-Amerika tetapi telahpun terbubar, atau adakah kumpulan agama penganut Islam anti-Budha sebagaimana di Myanmar atau kumpulan Syiah yang anti-Sunni? Menteri Pertahanan Malaysia DS Hishamuddin Hussein telah mengeluarkan kenyataan melalui taklimat bahagian risikan tentera, bahawa amaran Tokyo itu tidak berasas.

APA SEBENARNYA TUJUAN NAZRI KUMPUL SD UNTUK HISHAMUDDIN?

Hairannya mengapakah Nazri sendiri tidak menjadi jurucakap kepada UMNO untuk merafak sembah dan menyatakan kepada DYMM Agong bahawa sebilang besar AP UMNO tidak menyokong Anwar sebagai PM? Mengapakah harus Hishamuddin? Adakah Hishamuddin dipergunakannya atau Nazri sahaja mahu melaga-lagakan Zahid dan Hishamuddin atau dari satu aspek lagi antara Hishamuddin dan Anwar?

AKAR UMBI TIDAK SANGGUP MELIHAT PERPECAHAN DAN PERBALAHAN SESAMA PEMIMPIN UMNO

Hari ini rakyat seperti merindui keharmonian sebelum PRU14 ketika UMNO-BN berkuasa, tapi sayangnya ia hanyalah memori silam yang realitinya kini, saban hari akar umbi didedahkan dengan pelbagai naratif yang diterjemahkan sebagai perpecahan pemimpin tertinggi UMNO.

17 LAPORAN POLIS KE ATAS MOHAMADDIN KETAPI KERANA MENGHINA ATM-PDRM

Akhbar Manila Times pada 25 Mac, 1963, telah memetik ucapan Senator Lorenzo Sumulong berhubung tuntutan terhadap Sabah, (difailkan oleh President Diosdado Macapagal pada 22 Jun, 1962), yang menyerahkan kepada rakyat Sabah tentang kehendak mereka menyertai Malaysia. Sabahdaily mendakwa masih ada pemimpin politik Sabah yang bertindak seperti ‘musuh dalam selimut’ kerana masih mahu menyokong tuntutan militan dari Sulu itu. Lantas adakah Mohamaddin sebahagian daripada golongan yang didakwa oleh Sabahdaily? Atau adakah pemimpin politik sedemikian cuba menangguk di air keruh pada saat-saat menjelang PRN Sabah pada 26 September kerana terdapat ramai pengundi berbangsa Sulu di Lahad Datu?

BEKAS TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DAP SIFATKAN PEMBELAAN KEDAULATAN SABAH SEBAGAI JIJIK

Lihatlah apa terjadi setelah Shafie mengeluarkan kenyataan untuk terus berunding dengan Filipina pada 28 Ogos apabila pada 3 September Kementerian Luar Filipina terus mengambil langkah untuk membuka semula Jabatan Khas menuntut Sabah sebagai hak Filipina. Sedangkan rakyat menjadi saksi apabila Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah dan juga Presiden Warisan telah membuat keputusan membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai dan sekali gus mengisytiharkan PRN Sabah. Lantas, siapakah yang telah bertindak jijik setelah diketahui bahawa PRN akan berlangsung?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: