Pemecatan Khairuddin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, menjadi polemik media apabila beliau dilaporkan telah mengadakan perbincangan tertutup dengan pemimpin UMNO untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN), dua hari sebelum beliau dipecat. Sekiranya tindakan Hadi itu adalah sebagai amaran kepada pemimpin PAS yang cenderung kepada MN, maka Nik Abduh Nik Aziz juga harus bersedia menghadapi tindakan yang sama.
MUHYIDDIN TERPERANGKAP, HANYA PH-DAP DAPAT MENYELAMATKAN MARUAH DAN MASA DEPANNYA
Dari aspek perbelanjaan negara, bagaimanakah Muhyiddin akan menjawab di mahkamah nanti tentang perbelanjaan RM600 bilion sebagaimana diperakuinya pada April lalu. Walau apapun, DS Najib tidak pernah menyebabkan kematian rakyat sebegitu banyak, sehingga rumah mayat di hospital tidak dapat menampung longgokan mayat akibat Covid19. Kini dia sendiri telah melenyapkan RM600 bilion sedangkan Covid19 sedang membunuh 6000 nyawa rakyat sebulan. Biarlah Anwar mengambil kerusi PM, asalkan masa depan dirinya selamat sejahtera, tidak seperti DS Najib, tidak seperti DS Dr Zahid Hamidi yang ditujah dengan puluhan tuduhan sehingga menjadi aneh pada mata dunia tentang ‘undang-undang rimba’ Malaysia, semasa zaman PH.
PH BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS HAJI HADI KERANA PERGUNAKAN SENTIMEN AGAMA
Hadi dianggap berniat hendak menyebabkan, atau mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau terhadap ketenteraman awam; dan berniat mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain. Ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, dakwa Miswary.
(Video) KHALID SAMAD SAKIT MENTAL?
Oleh Dr Mamat Desa Sejak beberapa hari lalu Pengarah Komunikasi Amanah, yang juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, telah dikritik keras oleh media, kerana keceluparannya mempolitikkan isu wabak COVID-19. https://www.youtube.com/watch?v=zue-ohoEef0 Dimuat naik daripada YouTube Sebelum ini pun Khalid pernah membangkitkan polemik apabila dia mendakwa “Nabi pun pernah tak tunai janji, apatah lagi manifesto... Continue Reading →
(VIDEO) PR PBT ADALAH AGENDA DAP UNTUK MEMAKSIATKAN BANDAR RAYA
DESAKAN dan tuntutan DAP yang tidak putus-putus untuk melaksanakan Pilihan Raya PBT atau Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PR PBT) mempunyai objektif bagi merealisasikan agenda mereka supaya dapat menguasai pentadbiran bandar raya seluruh negara. Tidak perlulah diperjelaskan tentang demografi kaum di mana jua bandar di negara ini, kerana semua tahu bahawa kawasan urban atau bandar negara... Continue Reading →