Isu I-Citra akan menjadi liabiliti kepada Bersatu dan dengan itu mereka berkempen meminta rakyat menyokong mereka kerana kemenangan mereka di Johor akan membolehkan Bersatu meluluskan I-Citra. Lebih jauh daripada itu, rakyat Johor juga dicelarukan dengan alasan bahawa sekiranya Muhyddin diangkat menjadi PM lagi sekali, I-Cita pastinya akan dilaksanakan.
MAHATHIR TELAH KHIANATI NEGARA?
Ia membenarkan kebarangkalian bahawa Mahathir telah membuat keputusan sendiri, dan membangkitkan spekulasi bahawa terdapat urusan kerahsiaan antara Mahathir dan Singapura, di luar pengetahuan kabinet dan rakyat. Antara spekulasi yang terbangkit adalah, Mahathir telah membuat perjanjian dan bidaan dengan Singapura sebagai timbal-balas untuk ganti rugi pembatalan HSR (High Speed Rail) di bawah kerajaan BN. Ada juga dakwaan bahawa Mahathir mahu kerjasama Singapura supaya tidak berkongsi maklumat penting yang akan ganggu usaha Mahathir mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin BN.
PUAD ITU BATU API ATAU CAHAYA YANG TERANGKAN JALAN? – SOALAN KEPADA KETUA UMNO KUALA KRAI
Adakah Zulkepli sudah termakan dengan pendekatan ketaksuban sebagaimana ramai rakyat di Kelantan diperbodohkan untuk melihat pemimpin sebagai ‘maksum’ tanpa boleh ditegur sedikit pun? Lantas apa yang didedahkan oleh Puad bukanlah untuk bertindak sebagai ‘batu api’ tetapi ialah adalah cahaya yang membuka jalan kepada rakyat supaya tidak jatuh ke juram yang dalam. Ingatlah Zulkepli, bukan semua rakyat boleh diperbodohkan, rakyat semua dianugerahkan Allah dengan akal dan hati budi.