Bukan sahaja Amanah, tetapi UMNO, MCA, DAP, PKR, dan PAS juga telah memberikan tekanan supaya kerajaan PN segerakan penggubalan akta tersebut, tetapi anehnya orang-orang Muhyiddin seperti membisu seribu bahasa, kecuali Hamzah Zainuddin yang mengatakan bahawa dia lompat parti kerana 'takdir'. Nampaknya kerajaan PN seperti melengah-lengahkan pembentangan Rang Undang-Undang Akta Anti-Lompat Parti seakan-akan mahu menyelamatkan ahli parlimen mereka yang telah dilabelkan sebagai katak-katak politik.
MAT SABU DISINDIR AZALINA DENGAN PERKAHWINAN MUTAAH SYIAH
Presiden Amanah, Mat Sabu yang suatu ketika dahulu dihebohkan sebagai penganut ajaran Syiah, terdiam apabila, DS Azalina Othman Said, menterjemahkan pelantikan semula beliau sebagai Timbalan Speaker adalah sementara diibaratkan seperti ‘perkahwinan mutaah.’
VIDEO- PECAT KATAK POLITIK DAN ADAKAN PEMILIHAN SEMULA
Justeru Azalina akan membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 ke parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 49(1) pada persidangan Parlimen yang akan bermula 13 September ini. Beliau berharap usul ini menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan pilihan raya semula (PRK) setelah mana-mana AP dipecat kerana melompat parti.
ISU BATAL OD DIBAWA KE PARLIMEN HARI INI, TAPI JALAN MASUK PARLIMEN DISEKAT
Pengumuman pembatalan OD serta tarikh kuatkuasa pembatalan yang diketerbelakangkan (backdated) telah mengundang kekecohan dan hujahan panas antara MP pembangkang dan kerajaan. Perkara aneh yang terbangkit ialah MP kerajaan sendiri tidak tahu-menahu tentang pembatalan tersebut, termasuk Timbalan Speaker DS Azalina Othman Said, sedangkan Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan duka cita DYMM Agong terhadap pembatalan OD yang tidak dibincangkan dalam parlimen. Keadaan menjadi bertambah kusut apabila pada hari ketiga Sidang Khas Parlimen Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat di Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu bermula 29 Julai lalu bagi mencegah perebakan jangkitan COVID-19. Secara kasar, nampaklah sangat TS Muhyiddin Yassin cuba lari daripada berdepan dengan pelbagai persoalan dan perdebatan daripada pihak pembangkang dalam Sidang Khas Parlimen itu dengan menggunakan Covid19 sebagai senjata.
JANGAN JADIKAN JAWATANKUASA KHAS DARURAT SEBAGAI KOSMETIK SEMATA-MATA
Inilah antara konflik yang terbangkit apabila tanpa merujuk kepada Seksyen 2(1) Ordinan Darurat 2021, Takiyuddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jemaah Menteri bertanggungjawab menasihati DYMM Agong untuk memutuskan sama ada Darurat perlu dilanjutkan atau tidak. Dengan itu, bagi Haniff Khatri, apa yang dikatakan oleh Takiyuddin adalah salah dan bertentangan dengan Ordinan Darurat 2021. Timbalan Speaker Dewan Rakyat DS Azalina Othman Said mengkritik keras kenyataan Takiyuddin bahawa kabinet akan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai sama ada darurat akan dilanjutkan atau tidak.