VIDEO – SILAT MUHYIDDIN SUMBANG UNTUK MENEPIS KES JANA WIBAWA, BANYAK YANG TERLONDEH

Seketika setelah Muhyiddin mendakwa dia bukan suspek dan hanya merupakan saksi dalam kes rasuah Jana Wibawa, Ketua Pesuruhjawa SPRM, TS Azam Baki telah tampil mengecam penafian Muhyiddin itu, kerana siasatan sedang berjalan dan amat tidak wajar ‘bagi mana-mana individu membuat kesimpulan mereka sendiri, sama ada mereka dipanggil sebagai saksi atau suspek dalam kes.’ Bagaimanakah pula Presiden UMNO boleh dikaitkan sedangkan Menteri Dalam Negeri adalah Naib Presiden PKR, DS Saifuddin Nasution, tidak sebagaimana tuduhan yang dikenakan terhadap kepimpinan UMNO ketika DS Hamzah Zainuddin yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang juga merangkap Setiausaha Agung Bersatu? Manakala Peguam Negara adalah lantikan Muhyiddin juga yang dilabelkan sebagai ‘orang dia’ selari dengan lantikan pegawai kanan PDRM daripada kalangan ‘orang kita’ sebagaimana pengakuan DS Hamzah Zainuddin yang pernah menjadi polemik media arus perdana suatu ketika dahulu.

VIDEO – DS NAJIB DIANIAYA TIDAK MENDAPAT KEADILAN YANG SEWAJARNYA

“Saya dibicara di mahkamah. Saya juga dibicara di mahkamah rakyat. Didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun sebab hakim kata ia bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya. “Saya tidak didapati bersalah mencuri RM42 juta untuk kegunaan peribadi saya. Sebaliknya maklumat dan bukti bahawa keluarga dan proksi individu-individu tertentu yang merupakan saksi kes SRC yang telah didapati menerima sekurang-kurangnya RM65 juta dan RM85 juta untuk disorok dalam akaun Singapura tidak pula pernah didakwa dan diberikan peluang kepada saya untuk digunakan sebagai bukti baharu bagi pembelaan kes saya,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

MAHATHIR TERIMA SOGOKAN UKSB RM2.6 JUTA: RAKYAT SUKA MELIHAT DIA JADI AHLI KLUSTER MAHKAMAH

Selama ini Dr Mahathir sering menjaja dalam siri penghinaannya terhadap DS Najib sebagai perompak, lanun, kleptokrat, kluster mahkamah dan apa sahaja yang dia rasa ‘enak’ untuk melampiaskan kebenciannya terhadap DS Najib. Hari ini meletup sebagaimana dilaporkan oleh KiniTV ekoran perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi, nama Dr Mahathir disebut sebagai penerima dana syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) oleh saksi perbicaraan. Ramai yang mahu melihat Mahathir berada dalam kandang tertuduh, kerana sebelum ini sudah ramai yang menjadi mangsa ‘dakwaan terpilih’ mahkamah era PH.

PEREKACIPTA MANIFESTO ‘KERTAS TISU TANDAS’ PH NYANYOK DALAM USIA MUDA

Wan Saiful usahlah bercakap tentang ‘kleptokrat’ dan ‘kluster mahkamah’, sedangkan pemimpin ikonik PPBM, Muhyiddin Yassin juga sedang dalam radar SPRM dengan pendedahan saksi daripada UKSB yang telah menerima rasuah RM1.3 juta. Hendaklah diingat bahawa kes 1BestariNet, dan perbelanjaan dana RM600 bilion ketika PN berkuasa juga kini menjadi tekanan terhadap Muhyiddin dalam survival politiknya yang sedang menuju penghujung jalan. Kini gabungan parti PN terkial-kial bertekak sama ada mahu menggunakan logo PN atau logo PAS semasa PRU15 nanti. Kenapakah tidak sahaja menggunakan logo PPBM supaya Wan Saiful mahupun Muhyiddin Yassin sedar hakikat penerimaan rakyat terhadap parti cicak yang menjadikan negara amat tidak stabil?

MUHYIDDIN DIGESA LETAK JAWATAN KERANA GAGAL PULIHKAN NEGARA MELALUI MPN

Dengan itu amatlah wajar sekiranya Muhyiddin keluar daripada barisan kabinet Ismail Sabri sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri, apatah lagi alasan yang dijaja oleh Muhyiddin berkenaan tarikh-tarikh sogokan itu telah dibuktikan oleh rekod media sebagai tidak benar. Bukan sahaja Muhyiddin perlu meletakkan jawatan, malahan seluruh organisasi MPN perlu dibubarkan setelah dilihat tiada apa-apa peranan yang tuntas untuk memulihkan negara yang dilihat amat sesak sekarang ini.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: