VIDEO – TIDAK HAIRAN JIKA ANWAR GAGAL LAGI SEKALI

Hari ini DS Anwar gagal lagi menggarap cita-citanya untuk diangkat sebagai PM, bukan kalah kepada Mahathir, bukan kalah kepada DS Najib yang menjadi idola akar umbi, tetapi kalah kepada DS Ismail Sabri yang dilihat sebagai ahli politik yang amat ‘low profile’. Malangnya bagi Anwar, dia sendiri tidak menjaga kemuliaan dan kesucian nama baiknya sehingga dia terkait dengan pelbagai masalah, baik dari aspek moral mahupun aspek falsafah politik yang dikendongnya. Anwar juga tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam-Melayu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia. Dia menyokong pluralisme agama, dia menyokong liberalisme sosial, dia menyokong LGBT, dia menyokong pemurtadan Lina Joy, sedangkan dahulu dia adalah pemimpin pertubuhan Islam ABIM yang tersohor.

SIDANG 220 AHLI PARLIMEN DITANGGUHKAN KERANA COVID19, MENGAPA PULA ROS DESAK PERHIMPUNAN 3.2 JUTA AHLI UMNO?

Adakah logik dan waras sekiranya sidang 220 ahli parlimen ditangguhkan kerana Covid19, sebaliknya perhimpunan 3.2 juta ahli UMNO didesak supaya diadakan segera? Tidakkah RoS peka dengan risiko nyawa rakyat, apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara jangkitan Covid19 tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk? Lantas timbul persoalan adakah amaran yang diterima oleh UMNO merupakan kerja orang-orang yang berkuasa dalam PPBM, sebagaimana didedahkan oleh MP Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila pendaftaran parti Muda diterjemahkan sebagai disekat dengan bersyarat.

SIDANG KHAS PARLIMEN ADALAH DEMOKRASI YANG GENJOT

Misalnya mengapakah baru sekarang kerajaan PN mahu mengesahkan proklamasi Darurat sedangkan ia telahpun dilaksanakan. Sepatutnya ia dibentangkan terlebih dahulu di parlimen, dipersetujui oleh majoriti MP dan baharulah ia dilaksanakan. Anehnya PN melaksanakan dahulu dan mendapatkan pengesahan MP kemudian.

PKP PENUH DIABAIKAN – ADAKAH NYAWA RAKYAT TIDAK PENTING?

Anehnya apabila peniaga kecillah yang sering diambil tindakan sebagaimana yang heboh dalam media Internet sedangkan kes penyebaran adalah lebih ketara bagi Kluster Tempat Kerja dan Industri yang merupakan sumber kekayaan golongan kapitalis. Lantas timbul persoalan mengapakah kes harian tidak mendatar, apatah lagi menurun sejak penguatkuasaan PKP yang diperketatkan dan diasak pula dengan Proklamasi Darurat?

MATLAMAT UTAMA MUAFAKAT NASIONAL ADALAH SEKAT KUASA DAP

Sekiranya tiada kompromi antara komponen Perikatan Nasional mahupun Muafakat Nasional, kita bimbang akan berlaku pertandingan tiga penjuru, yang hanya akan memenangkan PH, dan mengembalikan semula dominasi kuasa DAP. Kemasukan Bersatu dalam MN adalah sesuatu yang amat baik, namun pemimpin ‘pelacur politik’ hendaklah dielakkan. Ibarat kata, “Memaafkan seseorang itu adalah sesuatu yang mulia, tetapi untuk kembali mempercayai mereka yang belot dan derhaka adalah sesuatu yang amat perit dan parah.”

WordPress.com.

Atas ↑