Kata Kadir, “Sekiranya Acryl Sani boleh cam (kenal pasti) pelakon yang Hamid Bador tidak cam, memanglah dia hebat.” Dengan konotasi yang mudah difahami, Kadir Jasin berkata lagi, “Lagipun dia kena buktikan secara sahih yang dia bukan ‘budak’ sesiapa,” sebagaimana dipetik Dateline daripada FB Kadir Jasin.
KETIDAKHADIRAN HAMZAH PADA MAJLIS PELANTIKAN KPN BAHARU BANGKITKAN PELBAGAI SPEKULASI
Kemelut politik Menteri KDN, DS Hamzah Zainuddin yang dikatakan cuba masuk campur hal elwal pengurusan PDRM bergolak lagi apabila beliau tidak hadir pada majlis pelantikan KPN baharu DS Acryl Sani Abdullah Sani.