ADAKAH MUHYIDDIN MEREKA-REKA CERITA CAMPUR TANGAN BADAN PERUNDANGAN UNTUK TUJUAN FITNAH?

Adakah Muhyiddin cuba mencari publisiti murah untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika itu yang dilihat amat tidak stabil kerana bilangan ahli parlimen daripada parti Bersatu adalah kecil. Ia juga boleh dipersepsikan sebagai ugutan Muhyiddin terhadap mana-mana pemimpin politik yang sedang dalam perbicaraan kes di mahkamah, terutamanya tokoh-tokoh politik. Malahan kenyataan Muhyiddin boleh diterjemahkan sebagai untuk memperlekehkan pemimpin UMNO yang sedang dalam perbicaraan, lantas mengangkat dirinya sebagai lebih berkredibiliti untuk disokong berbanding pemimpin UMNO.

VIDEO – YB AZEEZ RAHIM DEDAHKAN JANJI KOSONG MAHATHIR DAN MUKHRIZ UNTUK REALISASIKAN KRC

DS Abdul Azeez memperakui bahawa kepimpinan PM DS Ismail Sabri yang hanya beberapa bulan menerajui negara bersama-sama dengan usaha gigih Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah berjaya menjelmakan realiti KRC. Mesej yang cuba disampaikan adalah kejayaan kerajaan BN-PN pimpinan DS Ismail Sabri sebagai membuktikan bahawa kerajaan PH adalah kerajaan yang tidak prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah.

TUBUHKAN RCI UNTUK BUANG PRASANGKA DAN PERTAHAN KESUCIAN TABUNG HAJI

Kecemerlangan TH bukan sahaja diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan sehingga membolehkan pencarum berkongsi hibah dan bonus secara purata tidak kurang daripada 6.25 peratus setiap tahun setelah ditolak zakat 2.5 peratus. Anehnya apabila PH memerintah, TH hanya mengeluarkan hibah sebanyak 1.25% tanpa ada pembentangan laporan kewangan di parlimen. Rakyat merasa hampa apabila dalam sidang parlimen, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli menyatakan bahawa kerajaan hanya akan menimbangkan penubuhan jawatankuasa petugas khas untuk mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) jika ada keperluan sebaliknya menolak penubuhan RCI. Adakah Dr Zulkifli cuba hendak melindungi Mujahid atau hendak membantu TH membersihkan nama baiknya dan melindungi kesucian wang caruman 9.3 juta umat Islam?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: