FITNAH ZAKIR NAIK SEBAGAI ‘PENGGANAS’ DAN ‘SYAITAN’, CUKUPKAH HANYA SEKADAR MOHON MAAF?

Dr Zakir Naik telah bertindak mendakwa fitnah dan tuduhan tersebut dalam dua kes saman fitnah sivil terhadap P. Ramasamy, ADUN Perai, Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. P. Ramasamy telah memohon maaf ke atas Dr Zakir Naik, yang merupakan pendakwah Islam terkenal dan penduduk tetap Malaysia. Nampaknya sebagaimana beberapa pemimpin DAP yang lain, mereka dengan mudah memohon maaf setelah menghina dan memfitnah, memaki -hamun dengan kata-kata nista terhadap tokoh-tokoh yang lain, untuk melepaskan diri.

KIT SIANG BERDRAMA UNTUK ‘UJI PASARAN’?

‘Pemimpin de facto’ DAP, Lim Kit Siang telah melontarkan pertanyaan dalam blog rasminya sama ada beliau perlu melupakan impian ‘Malaysia Baharu’? Dia juga meluahkan perasaannya untuk bersara setelah lebih 50 tahun dalam sepak-terajang politik cauvinisme yang kini berjaya mendominasi kerajaan PH. Adakah Kit Siang cuba beropera sebagaimana drama dalam opera Cina yang penuh dengan mitos, ilusi dan magis? Tiba-tiba... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: