PEROMPAK DANA NEGARA YANG PANDAI MENYAMAR

Nampaknya selama 22 bulan PH berkuasa di tangan Mahathir, dengan pengurusan kewangan Lim Guan Eng, penipuan dan rompakan terus berlaku sebagaimana ia berlaku 22 tahun semasa Mahathir berkuasa. Barry Wain dalam bukunya ‘The Malaysian Maverick’ mendakwa Mahathir telah menjoli kira-kira RM100 bilion semasa dia berkuasa selama 22 tahun, manakala George Soros menggambarkan Mahathir sebagai ‘the corrupt moron’ yang telah menjadikan menara kembar Petronas sebagai simbul rasuah, kronisme dan nepotisme terbesar dirinya sendiri.

GUAN ENG BOHONG RAKYAT KONONNYA DAP BERSIH DARI RASUAH!

Persidangan Dewan Rakyat pada hari itu kecoh berhubung isu 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Selepas pendedahan itu dibuat, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terus terduduk dan akhirnya mengakui bahawa semua tender yang ditawarkan melalui rundingan terus itu diluluskan oleh Kabinet era pemerintahan PH. Lagi sekali Lim Guan Eng berbohong apabila ketika itu juga Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus bangun dan mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa ia tidak pernah dibincangkan di Kabinet! Tetapi dia lupa SPRM sendiri terkejut dan rakyat mengutuk sekeras-kerasnya penutupan kes itu yang juga disahkan oleh mahkamah tidak boleh didakwa semula. Kalau kes DS Najib mereka heret ke mahkamah meskipun belum lagi disiasat untuk memastikan wujudnya ‘prima facie’. Malahan bukti kes pembelaan telah mereka sorokkan!

VIDEO – MELAYU SEPERTI KARMAINE HANYALAH WAYANG KULIT BAGI DAP

PRK Tanjung Piai hanya tinggal 4 hari sahaja lagi. Tiba-tiba Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang gagal menguruskan ekonomi negara, sebaliknya merosakkan banyak aspek dalam ekonomi rakyat, telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan menjadi wakil Cina kepada calon Bersatu Karmaine Sardini. Tindakan sedemikian tidak pernah berlaku dalam sejarah, dan dilihat melawan... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: