VIDEO – MOGOK 23,000 DOKTOR ANCAM NYAWA MANGSA COVID19

Dengan jumlah jangkitan Covid19 yang telah memuncak kepada 17,045 kes harian semalam dan menjadikan jumlah kumulatif 1.013 juta, kerajaan dan KKM pastinya gelabah apabila ditekan dengan desakan mogok oleh 23,000 doktor kontrak. Semua doktor kontrak di seluruh negara bersepakat melaksanakan hartal berkenaan jika dua tuntutan yang dikemukakan dalam Memorandum Gerakan #Hartal tidak dipenuhi kerajaan dalam tempoh ditetapkan. Malahan, amaran telah mereka berikan untuk tidak menghadiri tugas harian di hospital bermula 26 Julai, sekiranya tuntutan mereka gagal dipenuhi oleh pihak kerajaan.

VIDEO – DOKTOR KONTRAK AKAN MOGOK: APA AKAN JADI DENGAN MANGSA COVID DI HOSPITAL YANG SUDAH SEDIA SESAK?

Nampaknya Adham tidak memberikan satu pendirian yang tuntas terhadap masalah doktor kontrak tetapi menyerahkan kepada birokrasi urus tadbir kerajaan yang berleret-leret. Berbeza dengan respons pemimpin pegawai kesihatan KMM yang lain, apabila terdapat ugutan agar mana-mana doktor kontrak tidak menyertai hartal berkenaan, jika tidak mahu kontrak mereka ditamatkan atau dikenakan tindakan disiplin. Hakikatnya, lihatlah apa yang berlaku sekarang ketika pandemik yang tiada akhirnya ini menyerang negara, mereka menggadai nyawa berada di barisan hadapan untuk menyelamatkan mangsa Covid.

WordPress.com.

Atas ↑