VIDEO – SIAPAKAH MAHATHIR MAHU PERTIKAIKAN TETAMU DYMM AGONG?

Pemimpin tua yang dilabelkan oleh MO Ibrahim sebagai ‘pemimpin tua yang hanya mampu membawa rakyat ke kubur’ telah mempertikaikan jemputan DYMM SPB YDP Agong ke atas DS Najib sebagai tetamu DiRaja, sebagai sesuatu jemputan yang tidak wajar ke atas seorang banduan. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang amat biadap apabila dia berkata. "Pandangan saya banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek. Mahathir rabun untuk melihat DS Najib sebagai mangsa konspirasi dan konspirator yang mengekang badan kehakiman negara, malahan rakyat melihat bahawasanya dialah bapak konspirasi yang mendukung agenda untuk ‘membunuh’ kerjaya politik DS Najib sebagaimana dia telah membunuh kerjaya politik pemimpin kanan negara yang lain, termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussien Onn, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Badawi dan ramai lagi.

DEBAT ISU SAPURA AKAN DEDAHKAN SALAH GUNA KUASA MAHATHIR DAN ‘NATIONAL EMBARRASSMENT’ SEBENAR

Bertambah bodoh lagi apabila Rafizi cuba menyalahkan kerajaan BN sebagai pihak yang telah ‘bailout’ Sapura dengan dana RM2.7 bilion pada tahun 2019 untuk menjadi pemilik saham terbesar dengan pegangan 40%, meskipun mengetahui gaji bekas CEO yang tinggi. Ironinya, Rafizi buta bahawa yang bailout Sapura adalah kerajaan PH pimpinan Mahathir, dan CEO Sapura itu meletakkan jawatan pada Mac 2021, mungkin kerana tidak tahan dengan campurtangan kerajaan PH dalam pengurusan Sapura yang dilihat tidak konstruktif. Melalui debat tersebut yang akan diadakan pada 12 Mei ini di MATIC, rakyat akan menjadi saksi dalam pembentangan fakta; siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab merosakkan Sapura yang dahulunya adalah syarikat ‘Oil and Gas’ yang amat berprestij di dunia. Dengan itu juga rakyat akan ketahui siapakah kleptokrat yang telah menjarah kekayaan negara sebenarnya, bertentangan dengan cemuhan yang dilemparkan terhadap DS Najib selama ini.

BAPA PECAH-BELAH SEKALI LAGI MAHU SEMUA PARTI BERGABUNG LAWAN BN

Malahannya pada zaman dia berkuasa selama 22 tahun itu, telah lahir Parti Semangat 46, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala setelah dia meninggalkan UMNO, dia wujudkan PPBM (Bersatu) dan terus pecah-belahkan Bersatu dan melahirkan pula Parti Pejuang Tanah Air (PETAI). Daripada bersama pemimpin diktator dan penipu, jauh lebih baik DS Anwar berdiri dalam satu saf yang perkasa bersama BN-UMNO.

(Video)- UST AZHAR IDRUS NAMAKAN MENTERI YANG MENENTANG MUAFAKAT NASIONAL SEBAGAI ‘MENTERI IBLIS’

Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang popular dengan ceramah agama dalam talian, sehingga kadangkala mencecah ratusan ribu penonton dan pelawat, telah memberi respons terhadap soalan ‘Adakah gabungan UMNO-PAS itu haram?’ https://www.youtube.com/watch?v=H4yE7kB-lng Memetik kenyataan beliau dalam satu sesi ceramahnya yang dimuat naik dalam YouTube, UAI menjelaskan bahawa sesuatu gabungan yang tidak berdasarkan politik, sebaliknya diasaskan oleh perjuangan... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: