Hari ini TS Hadi Awang yang popular dengan label ‘Duta Gaji Buta’ lagi sekali membangkitkan isu ‘atap bocor’ untuk melapik gerakan ‘tebuk atap’ sebagai kenyataan sinis kepada usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku pada penggal lalu (PRU14), dan janganlah mengganggu-gugat kerajaan sedia ada yang dipilih rakyat, dan berikanlah peluang kepada DS Anwar Ibrahim untuk mentadbir, terutamanya dalam hal pemulihan ekonomi yang telah dicacatkan oleh Muhyiddin.
DR MAHATHIR SUDAH HAMPIRI KEMATIAN TETAPI TERUS ANDAIKAN BAHAWA DIA MASIH MUDA UNTUK KEKALKAN KEKUATAN -NST
Dengan erti kata yang lain, Mahathir sering membawa persepsi bahawa dirinya masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang demi mengekalkan kekuatan pada usia 97 tahun. Mungkin juga benar, kerana sekiranya seseorang merasakan dirinya tua dan uzur, maka pastinya dirinya tidak berdaya untuk melakukan apa juga kerana dikongkong oleh persepsi usia yang tua. Sebaliknya sekiranya seseorang itu masih memberi persepsi bahawa dirinya masih muda, maka banyaklah perkara yang dia fikir dia mampu melakukannya.