VIDEO – KERJASAMA PAS DAN PN DEDAHKAN SIKAP AUTOKRATIK HADI AWANG

Kenyataan Khairuddin membangkitkan pelbagai spekulasi terhadap sikap kepimpinan Hadi yang wewenangnya membelakangkan suara kepimpinan PAS ibarat pemimpin autokratik yang wewenang menggunakan kuasa authoritarian. Malahan terbangkit persoalan, apakah Hadi telah diugut sebagaimana Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli diugut oleh orang-orang Muhyiddin Yassin untuk melompat parti, serta audio rakaman suara mirid Muhyiddin yang mahu menyogok pemimpin parti lain agar menyokongnya? Hadi telah menandatangani persetujuan untuk menubuhkan PN tanpa dibawa kepada jawatankuasa pusat, tanpa ada kertas proposal kepada AJK PAS Pusat, tanpa dibawa ke Majlis Syura Ulama dan dibahaskan untuk dilihat siasah syarie, maqasid syariahnya, malahan belum dipersetujui tetapi sudah diluluskan.

ADAKAH PEMECATAN KHAIRUDDIN SEBAGAI AMARAN KEPADA PEMIMPIN YANG CENDERUNG KEPADA MN?

Pemecatan Khairuddin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, menjadi polemik media apabila beliau dilaporkan telah mengadakan perbincangan tertutup dengan pemimpin UMNO untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN), dua hari sebelum beliau dipecat. Sekiranya tindakan Hadi itu adalah sebagai amaran kepada pemimpin PAS yang cenderung kepada MN, maka Nik Abduh Nik Aziz juga harus bersedia menghadapi tindakan yang sama.

SADDIQ BUTA TERHADAP GEJALA PILIH KASIH PH

Saddiq juga lupa bagaimana keterlibatan sekumpulan pentaksub Al-Maunah yang dipenjara kerana disabitkan dengan kesalahan keganasan, malahan ketuanya dijatuhi hukuman gantung, sedangkan pihak yang dikaitkan dengan aktiviti pengganas LTTE dibebaskan begitu sahaja. Malahan kes pembebasan mereka itu dianggap sebagai penghinaan terhadap PDRM. Tidakkah itu pilih kasih namanya?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: