Sebenarnya satu sen pun prinsipal hutang 1MDB yang dikatakan sebanyak RM32b tidak pernah dibayar oleh PH-PN tetapi menghebohkan pada rakyat seakan-akan negara menderita kerana hutang tersebut. Lantas selama ini, bertahun-tahun sejak kerajaan PH dan PN berkuasa, mereka menjaja dan berkompang bahawa kedudukan kewangan negara tertekan sebab perlu bayar hutang 1MDB sebanyak RM32b hanyalah pembohongan, apabila satu sen daripada RM32b itu tak pernah dibayar. Misalnya, bayaran sebanyak RM19 bilion yang diterima dari Goldman Sachs bukanlah dari wang rakyat. Itu wang Goldman Sachs yang boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB. RM23 bilion yang telah diterima setakat ini dicampur dengan penjimatan RM15 bilion menjadikan jumlah RM38 bilion (RM23 bilion + RM38 bilion). RM38 bilion ini sudah cukup untuk menjelaskan segala prinsipal hutang dan faedah 1MDB.
PEGUAM NEGARA PH MEMILIH BULU TERBONGKAR
Rantaian amalan undang-undang rimba yang diterajui oleh Tommy Thomas terdedah satu-persatu setelah kes rasuah pembelian banglo mewah Lim Guan Eng ditutup begitu sahaja, ekoran tumbangnya kerajaan PH dan perletakan jawatan Tun Mahathir yang kini sering keluar-masuk IJN. Kini terbongkar pula kes jenayah ke atas anak lelaki ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan yang ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi dilepaskan dengan mudah oleh Tommy Thomas. Dari kesalahan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menanam ganja, dan Seksyen 39B akta sama kerana mengedar dadah telah direndahkan hanya kepada pertuduhan paling ringan seksyen 15 (1) positif dadah.