Hanya terdapat sebuah sahaja Parlimen, dengan 222 pekerja tetapnya, tidak dibenarkan beroperasi, sebaliknya kerajaan PN sanggup mempertaruhkan 1.57 juta nyawa rakyat marhaen yang terkial-kial mencari makan kepada pandemik Covid19.
SEMUA MAHU DARURAT DITAMATKAN KECUALI MUHYIDDIN-PN
Daripada data statistik yang dikeluarkan KKM pada 13 Januari berbanding 29 Mei 2021 (semalam), dapatlah dilihat dengan jelas bahawa jumlah kes jangkitan, jumlah kumulatif kes dan jumlah kumulatif kematian telah meningkat mendadak dan hampir menegak. Amatlah signifikan untuk menyatakan bahawa proklamasi Darurat yang dilaksanakan sebagai strategi mengekang pandemik Covid19 tidak berkesan dan gagal. Malahan daripada kadar peningkatan kes baharu sebanyak 202.2%, peningkatan kumulatif kes jangkitan sebanyak 286.5% manakala jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 370.7%, jelas sekali pelaksanaan ordinan Darurat dengan objektif untuk menyekat Covid19 telah gagal.