PRN SABAH: RAMALAN MELESET TENTANG KEMENANGAN WARISAN

Isu ‘Malaya jangan campur tangan di Sabah’ juga satu isu yang tidak masuk akal. Pihak manakah yang membantu Sabah daripada serangan militan Sulu, jika bukan tentera bersekutu dari Semenanjung? Lebih aneh lagi, tidakkah DAP yang telah memenangi 6 kerusi DUN adalah parti bangsa Cina yang berasal daripada ‘Malaya’? Begitulah juga dengan PKR. Paling hipokrit, apabila Shafie menelefon Tun Mahathir tentang kehadiran DS Najib Razak di Sabah untuk berkempen bagi pihak UMNO. Mengapa Shafie harus mengadu kepada pemimpin ‘Malaya’ jika tidak mahu orang Malaya campur tangan hal politik Sabah? Keegoan Warisan nampaknya seperti cuba menolak gabungan dalam Persekutuan Malaysia. Adakah itu sentimen majoriti rakyat Sabah?

17 LAPORAN POLIS KE ATAS MOHAMADDIN KETAPI KERANA MENGHINA ATM-PDRM

Akhbar Manila Times pada 25 Mac, 1963, telah memetik ucapan Senator Lorenzo Sumulong berhubung tuntutan terhadap Sabah, (difailkan oleh President Diosdado Macapagal pada 22 Jun, 1962), yang menyerahkan kepada rakyat Sabah tentang kehendak mereka menyertai Malaysia. Sabahdaily mendakwa masih ada pemimpin politik Sabah yang bertindak seperti ‘musuh dalam selimut’ kerana masih mahu menyokong tuntutan militan dari Sulu itu. Lantas adakah Mohamaddin sebahagian daripada golongan yang didakwa oleh Sabahdaily? Atau adakah pemimpin politik sedemikian cuba menangguk di air keruh pada saat-saat menjelang PRN Sabah pada 26 September kerana terdapat ramai pengundi berbangsa Sulu di Lahad Datu?

WordPress.com.

Atas ↑