PH BERDILEMA UNTUK MENERIMA CALON SUKA MAKI-HAMUN

Rafizi bukan sahaja merujuk kepada sikap Norhizam Hassan Baktee, ADUN Pengakalan Batu, tetapi Rafizi juga merujuk kepada bekas Ketua Menteri, Idris Haron yang dikatakan kurang keprihatinan kepada rakyat. Keempat-empat ADUN yang belot kepada Ketua Menteri itu, telah menaruh harapan agar dapat bertanding atas tiket PH (PKR) pada PRN Melaka 20 November ini.

DAP JENAMAKAN NORHIZAM SEBAGAI PENGKHIANAT

Dahulunya mereka adalah rakan seperjuangan dalam DAP tetapi sehari yang lalu Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana menempelak PH kerana menyambut Norhizam Hassan Baktee, bagaikan pahlawan, sedangkan bagi Low dialah antara pengkhianat yang telah menyebabkan PH kehilangan kuasa ke atas kerajaan negeri Melaka.

VIDEO – DAP TOLAK NORHIZAM KERANA DIA ‘ANTI-BABI’

Lantas, mampaknya strategi Norhizam menyokong Idris Harun, tidak menjadi dan kini meletakkan dirinya terkontang-kanting tanpa dahan untuk bergantung. Mentelahan lagi, dia dikenali sebagai juara ‘anti-Babi’ yang secara tidak langsung pastinya gagal menarik sokongan pihak yang amat ‘cintakan babi.’ Presiden Amanah, Mat Sabu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia lebih rela makan babi bersama Lim Guan Eng daripada makan ayam bersama DS Najib Tun Razak.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: