VIDEO – RAKYAT MAHUKAN PRU15, AKIBAT KEGAGALAN PN, PH DAN TEKANAN EKONOMI

Menuding jari kepada ‘kluster mahkamah,’ ‘kleptokrat’ dan pemimpin yang idamkan kerusi menteri, hanyalah retorik politik dangkal dan klise yang sudah basi. Dahulu golongan yang beretorik ini saban hari mengutuk ‘kerajaan tebuk atap’ Muhyiddin Yassin yang sewajarnya dibubarkan atas falsafah ‘mengembalikan mandat rakyat’. Tidakkah hanya satu jalan sahaja untuk mengembalikan ‘mandat rakyat’ iaitu dengan mengadakan ‘PRU15’.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, KETUA PENERANGAN BERSATU AKUI MUHYIDDIN MAHU BUNUH UMNO DI PRU15

Survival Muhyiddin dan Bersatu sememangnya sudah seperti nyawa ikan yang tersadai di darat, kecuali menggunakan ‘orang kita’ dalam badan berkuasa kerajaan untuk mengugut ahli parlimen dalam dakwaan terpilih, lantas kekuatannya hanya bergantung kepada katak-katak yang amat riuh pada musim hujan dan banjir. Jelas sekali Bersatu dan PH berpisah tiada, merekalah yang merancang ratifikasi ICERD dan Statut Rom untuk turut membunuh hak dan kedudukan kaum Melayu-Bumiputera, hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu, dan, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

VIDEO- “ANWAR TIDAK AKAN JADI PM”- KATA PEMIMPIN PPBM

Satu wawancara yang diterbitkan oleh ‘Nothing To Hide Media’ pada 28 Mac lalu, telah merakamkan hujah-hujah bernas daripada bekas Naib Presiden PPBM, Datok Hamidah Osman tentang isu ‘Anwar tidak akan jadi PM’. Masyarakat tidak menafikan bahawa DS Anwar Ibrahim suatu ketika dahu amat lantang memperjuangkan kedudukan Islam, dan kedudukan istimewa kaum Melayu sebagaimana termaktub dalam […]

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: