RAKYAT JOHOR TIDAK MUDAH DIPERBODOHKAN BERSATU DALAM ISU I-CITRA

Isu I-Citra akan menjadi liabiliti kepada Bersatu dan dengan itu mereka berkempen meminta rakyat menyokong mereka kerana kemenangan mereka di Johor akan membolehkan Bersatu meluluskan I-Citra. Lebih jauh daripada itu, rakyat Johor juga dicelarukan dengan alasan bahawa sekiranya Muhyddin diangkat menjadi PM lagi sekali, I-Cita pastinya akan dilaksanakan.

VIDEO – SEGERA HERET TOMMY THOMAS KEPADA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

Dalam bukunya, Tommy juga cuba mengheret AlMarhum Tun Abdul Razak sebagai pencetus 13 Mei, atas dakwaannya AlMarhum tidak mempunyai masa kerana bergelut dengan leukimia yang menyerangnya. Sepatutnya Tommy harus melihat siapakah yang terkinja-kinja mencari ruang untuk bertapak sebagai PM ketika itu sehingga Tunku Abdul Rahman difitnah dan dicerca dan Tun Hussein Onn digesa mengundur diri.

SEMUA MAHU DARURAT DITAMATKAN KECUALI MUHYIDDIN-PN

Daripada data statistik yang dikeluarkan KKM pada 13 Januari berbanding 29 Mei 2021 (semalam), dapatlah dilihat dengan jelas bahawa jumlah kes jangkitan, jumlah kumulatif kes dan jumlah kumulatif kematian telah meningkat mendadak dan hampir menegak. Amatlah signifikan untuk menyatakan bahawa proklamasi Darurat yang dilaksanakan sebagai strategi mengekang pandemik Covid19 tidak berkesan dan gagal. Malahan daripada kadar peningkatan kes baharu sebanyak 202.2%, peningkatan kumulatif kes jangkitan sebanyak 286.5% manakala jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 370.7%, jelas sekali pelaksanaan ordinan Darurat dengan objektif untuk menyekat Covid19 telah gagal.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: