Tolaklah ke tepi dahulu soal kelemahan PN yang diletakkan pada bahu Muhyiddin, kerana dengan jawatan TPM yang diberikan kepada DS Ismail Sabri, suara UMNO menjadi lebih kuat dalam konteks membawa prinsip perjuangan UMNO terutamanya ‘Rakyat didahulukan, kebajikan diutamakan’ di tengah-tengah serangan Covid19. Lagipun UMNO telah sebulat suara bersetuju bahawa UMNO akan meninggalkan PN semasa PRU15, dan bukannya pada waktu genting ketika rakyat amat memerlukan pembelaan daripada pucuk pimpinan kerajaan. Keperluan ahli MKT UMNO berada dalam kabinet Muhyiddin juga amatlah signifikan, untuk menghalang DAP yang didakwa oleh Datok Dr Mohd Puad Zakarshi, sedang mengatur strategi untuk turut mendampingi TS Muhyiddin.
TUBUHKAN RCI UNTUK BUANG PRASANGKA DAN PERTAHAN KESUCIAN TABUNG HAJI
Kecemerlangan TH bukan sahaja diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan sehingga membolehkan pencarum berkongsi hibah dan bonus secara purata tidak kurang daripada 6.25 peratus setiap tahun setelah ditolak zakat 2.5 peratus. Anehnya apabila PH memerintah, TH hanya mengeluarkan hibah sebanyak 1.25% tanpa ada pembentangan laporan kewangan di parlimen. Rakyat merasa hampa apabila dalam sidang parlimen, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli menyatakan bahawa kerajaan hanya akan menimbangkan penubuhan jawatankuasa petugas khas untuk mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) jika ada keperluan sebaliknya menolak penubuhan RCI. Adakah Dr Zulkifli cuba hendak melindungi Mujahid atau hendak membantu TH membersihkan nama baiknya dan melindungi kesucian wang caruman 9.3 juta umat Islam?