VIDEO – PENGARAH JS JENAYAH NARKOTIK BUKIT AMAN, DATOK AYOB KHAN, ULAS KES YASIN TANAM POKOK GANJA

Sekiranya ada mana-mana individu yang ada masalah seperti kemurungan keresahan, gangguan bipolar, dan sebagainya maka dia perlu dapatkan rawatan di hospital  melalui pakar psikatri, dan pakar ini yang menentukan dos pengambilan ganja itu. Bukan individu yang sakit itu menanam pokok ganja wewenangnya dan dia pula yang menentukan sendiri dos atau berapa bayak ganja yang dia perlu ambil untuk mengubat ketagihan atau penyakitnya. Dia nak jadi doktor sendiri? Macam penagih yang cucuk sendiri.

(Video) DAP GANGGU SIASATAN, KES LTTE MESTI DIBUKA SEMULA

Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang menggugurkan pertuduhan terhadap 12 suspek penyokong LTTE adalah atas alasan yang lemah, seolah-olah memperlekehkan kebolehan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sepatutnya Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa bicara semua suspek LTTE bagi tempoh 2 tahun atau sehingga pihak KDN berpuas hati tiada ancaman keselamatan awam daripada mereka.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: