Apalah yang rakyat marhaen tahu tentang Sidang Parlimen, kecuali semasa PRU mereka berpusu-pusu digesa mengundi untuk memilih Wakil Parlimen. Mereka juga tidak tahu, bahawasanya DYMM Agong telah berkali-kali menitahkan supaya Sidang Parlimen diadakan segera. Mereka juga tidak tahu bahawa pemimpin tertinggi negara telah menderhakai keprihatinan DYMM Agong terhadap penderitaan rakyat. Bagaimanakah nanti jika mereka tahu dan sedar tentang hakikat penderhakaan ini?
SEBUAH PARLIMEN TAK BOLEH BEROPERASI, TAPI 158 RIBU KILANG BOLEH BEROPERASI
Hanya terdapat sebuah sahaja Parlimen, dengan 222 pekerja tetapnya, tidak dibenarkan beroperasi, sebaliknya kerajaan PN sanggup mempertaruhkan 1.57 juta nyawa rakyat marhaen yang terkial-kial mencari makan kepada pandemik Covid19.
KENAPA MUHYIDDIN-PN DIAM SAHAJA KETIKA DIKECAM MEDIA ANTARABANGSA?
Perkara yang amat memalukan apabila Reuters juga memetik kenyataan Muhyiddin yang mengiakan bahawa dia menerima tohmahan bahawa dia adalah PM yang ‘bodoh’. “Saya tahu betapa susahnya mengurus tadbir, tetapi ia adalah tanggungjawab bersama.” Sama ada ia adalah atas desakan netizen, rakyat, pakar kesihatan, tekanan politik di luar parlimen, atau hakikat jangkitan Covid19 yang gagal diperangi, kerajaan PN tidak boleh membiarkan negara dimalukan oleh media antarabangsa sedemikian. Sewajar PN menjawab segala kecaman media antarabangsa itu kerana ia membawa dampak yang besar terhadap persepsi pelabur asing, kecualilah PN sebenarnya memperakui bahawa negara ini dipimpin oleh PM yang “bodoh” sebagaimana yang diperakuinya. Segala reaksi media luar itu mencemarkan nama PN dan memberi amaran bahawa PN akan jatuh tersungkur pada PRU15 nanti.
BERSATU AKAN KALAH TERUK PADA PRU15 -MAHATHIR
Hari inipun nampaknya rakyat sudah muak dengan kepimpinan TS Muhyiddin sebagaimana terlihat pada kritikan-kritikan pedas terhadap krisis kewangan negara, penggunaan dana KWAN, hutang negara yang meningkat, kadar pengangguran yang naik mendadak, kos sara hidup melambung, serta tindakan proklamasi ‘Darurat’ yang dilihat sebagai cuba menyelamatkan Bersatu Muhyiddin.