Lantas, ia adalah strategi Mahathir yang cuba mengatur bidak-bidaknya bagi mewajarkan tuduhannya bahawa DS Anwar adalah diktator. Namun Mahathir lupa bahawa dalam senarai pertubuhan global seperti ‘RANKER’ nama Mahathir sudah tercatat dalam senarai ‘The Famous Dictator of the World’ atau ‘Diktator terkenal Dunia’.
15 AHLI PARLIMEN SEDIA LETAK JAWATAN – RANCANGAN MAHATHIR & TUN DAIM MENYOGOK RM 3.8 BILION UNTUK MENUMBANGKAN ANWAR
‘Orang dalam’ UMNO telah mendakwa 15 Ahli Parlimen, termasuk 2 Ahli Parlimen dari parti Anwar sendiri - PKR (Parti Keadilan Rakyat) - bersedia untuk menyokong blok Pembangkang, dan bertanding semula di bawah panji Pembangkang selepas peletakan jawatan beramai-ramai. Walaupun undang-undang anti-lompat menghalang Ahli Parlimen daripada melompat parti kecuali melalui pembelotan en-bloc, ia memungkinkan Zahid (sebagai Presiden UMNO) bersetuju untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, seorang Ahli Parlimen yang meletak jawatan bebas untuk menyertai parti politik lain dan masih boleh bertanding tanpa sebarang penalti. Ini disebabkan oleh kelemahan Akta - sama ada sengaja atau tidak tahu.
PUAK YANG AKAN MENJADI AHLI KLUSTER MAHKAMAH AKAN RAMPAS KUASA?
Namun sebagaimana yang terngiang-ngiang, pada agenda pertemuan sulit itu, serta persepsi penganalisis, ialah merancang satu ‘coup d’tat’ dengan apa cara sekalipun, baik tebuk atap, tebuk lantai, pecah tingkap, atau menyusup masuk dengan mengopah pintu belakang. Sebagaimana dimaklumkan oleh Datok Lokman Noor Adam, dalam pertemuan sulit itu, Daim telah membuat spekulasi bahawa 15 Ahli Parlimen BN kononnya sudah bersetuju untuk mengosongkan kerusi mereka. Namun dengan 15 Ahli Parlimen itu Kerajaan Perpaduan (KP) pimpinan DS Anwar tidak akan tumbang kerana setakat ini KP mempunyai 136 Ahli Parlimen manakala blok pembangkang hanya mempunyai 82 Ahli Parlimen dengan jumlah keseluruhan ialah 218 Ahli Parlimen. Sekiranya 15 Ahli Parlimen mengosongkan kerusi mereka, maka blok kerajaan masih mempunyai majoriti 121 Ahli Parlimen untuk menerajui kerajaan
VIDEO BERHATI-HATILAH PARA PENGUNDI, KABINET PH-PN 22 BULAN DICALONKAN SEMULA, JIKA TIDAK MAHU DIKENCINGKAN SEKALI LAGI
Jika pengundi leka, lalai dan lupa, pastinya segala malapetaka sebagaimana negara didakwa bankrap, lebih 1000 rakyat bunuh diri, rakyat terpaksa ikat perut, kerajaan tak ada duit, sogokan RM30, penjualan aset Tabung Haji, sekat peruntukan TERAJU, sekat peruntukan Ekuinas, beratus juta ringgit untuk bantuan sekolah Cina yang tiada dalam Perlembagaan, bunuh anggota Bomba di kuil Seafield, aktiviti pengganas LTTE, ratifikasi ICERD, serap ideologi komunisme di sekolah-sekolah, perhimpunan bekas pengganas komunis, geran tanah 999 tahun untuk perkampungan bekas pengganas komunis, bahasa Cina diangkat sebagai bahasa rasmi kementerian, jadikan negara ini republik, hapuskan sistem Raja Beperlembagaan, gugurkan kes-kes konco PH, lantikan politik dalam PDRM-SPRM-Peguam Negara dan Hakim Negara, dakwaan terpilih, jadikan agama Kristian agama rasmi negara, hapuskan hak dan kedudukan Melayu-Bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu, serta kedudukan agama Islam, dan lain-lain lagi agenda rakus PH akan berulang kembali.
MATLAMAT DASAR ‘BUMI HANGUS’ DAP ADALAH MELUMPUHKAN SELURUH SISTEM NEGARA
DS Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden PKR parti komponen PH hanya diam membisu bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya, sedangkan kini bising seperti kera kena belacan. Nampaknya amat jelas dasar ‘bumi hangus’ DAP adalah dasar dan strategi politik untuk memusnahkan masa depan negara supaya negara menjadi kering-kontang, hancur luluh bagaikan padang jarak padang terkukur, dan ketika itulah golongan kapitalis DAP akan berkuasa. DAP-PH amat sedar bahawa mereka tidak akan dapat memenangi PRU15 nanti, kerana kemenangan mereka pada PRU14 hanyalah bersandarkan janji kosong, penipuan, fitnah dan pembohongan, manakala mereka telah merosakkan banyak aset negara.