GUAN ENG MARAH BILA TAHU VAKSIN TIDAK JADIKAN SESEORANG ITU KEBAL COVID19

Guan Eng mengambil contoh negara-negara Eropah yang mengisytiharkan negara mereka sebagai selamat daripada Covid19 telah pun membuka stadium bola sepak kepada orang awam untuk menyaksikan kejuaraan UEFA Euro. Sebaliknya Malaysia masih berada dalam perintah kawalan pergerakan ‘total lockdown’. Hakikatnya Guan Eng lupa bahawa situasi pandemik Covid19 di Eropah telah timbul semula dengan varian Delta, sebagaimana ia mula menyerang rakyat Belanda dengan kadar yang amat mengejutkan.

ADA KEBAIKAN APABILA AHLI MKT UMNO DILANTIK SEBAGAI TPM

Tolaklah ke tepi dahulu soal kelemahan PN yang diletakkan pada bahu Muhyiddin, kerana dengan jawatan TPM yang diberikan kepada DS Ismail Sabri, suara UMNO menjadi lebih kuat dalam konteks membawa prinsip perjuangan UMNO terutamanya ‘Rakyat didahulukan, kebajikan diutamakan’ di tengah-tengah serangan Covid19. Lagipun UMNO telah sebulat suara bersetuju bahawa UMNO akan meninggalkan PN semasa PRU15, dan bukannya pada waktu genting ketika rakyat amat memerlukan pembelaan daripada pucuk pimpinan kerajaan. Keperluan ahli MKT UMNO berada dalam kabinet Muhyiddin juga amatlah signifikan, untuk menghalang DAP yang didakwa oleh Datok Dr Mohd Puad Zakarshi, sedang mengatur strategi untuk turut mendampingi TS Muhyiddin.

BENDERA PUTIH PETANDA KEKALAHAN RAKYAT ATAU SIAPA?

Adakah memasang bendera putih itu menggugurkan maruah? Nak jaga maruah atau nak jaga nyawa anak-isteri? Berdoa lebih baik daripada memasang bendera putih seperti saranan Nik Abduh itu betul. Namun setelah berdoa dan memasang bendera putih, kemudian ada yang datang membantu, tidakkah itu pertolongan daripada Allah juga?

RAKYAT MAHU SUARA MEREKA DIDENGAR, BUKAN MAGERAN

Di sinilah pelbagai pihak melihat muslihat pihak kerajaan mengisytiharkan Darurat, sedangkan apa yang sedang melanda negara ialah soal kawalan menangani wabak Covid19, dan bukannya wabak suara rakyat atau wabak politik yang mengancam nyawa rakyat. Namun timbul juga persoalan sama ada MAGERAN yang dibangkitkan oleh SUS PM, Datok Marzuki Mohamad, cuba dijadikan senjata oleh pihak yang tamak kuasa dan gila kuasa? Lantas mengapa Tun Mahathir yang dikatakan memusuhi Anwar sejak lama, tiba-tiba berhubung dan membicarakan soal MAGERAN.

WordPress.com.

Atas ↑