KABINET BAYANGAN ATAU AGENDA JATUHKAN KERAJAAN PERPADUAN?

Meskipun ia sekadar meliputi urusan parlimen dalam hal memperkukuhkan peranan PN selaku pembangkang, dan menyelaraskan pengurusan parti, namun menguar-uarkannya sebagai ‘Barisan Kabinet Bayangan’, pastinya mengelirukan rakyat. Pelbagai spekulasi terbangkit, yang antara lain ia seperti menubuhkan satu barisan ‘Kabinet PN’ untuk menentang, menjatuhkan, dan menggantikan Kerajaan Perpaduan yang telah diperkenankan oleh DYMM SPB YDP Agong bagi menerajui pentadbiran negara. Sekiranya ia adalah satu strategi ‘psywar’ atau perang saraf untuk menentang barisan kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’ sedia ada, maka sudah terang lagi bersuluh, ia hanyalah mamai di siang hari.

PIHAK YANG KELUARKAN SIJIL VAKSINASI PALSU IBARAT PEMBUNUH

Oleh kerana Covid19, Omicron ataupun Delta boleh membunuh maka, pihak yang menangguk di air keruh itu, adalah signifikan diklasifikasikan sebagai pembunuh. Secara kasarnya golongan ini jika disabitkan kesalahan, mereka wajar dihukum penjara seumur hidup atau digantung sampai mati.

BEKAS MENTERI PH, HANIPA MAIDIN BAWA BERITA PALSU DAN FITNAH DALAM PARLIMEN

Kali ini, tidakkah dia pula bertindak sebagai penyebar berita palsu, bukan di media sosial, tetapi di tempat mulia seperti Dewan Parlimen? Jika hendak mencari isu untuk dibincangkan dalam parlimen, carilah isu yang ada kepentingan rakyat seperti isu ‘babi hutan yang berleluasa menggangu tanaman dan ternakan petani’ sebagaimana dibawa oleh ADUN Norhizam Hassan Baktee. Nampaknya Norhizam lebih cerdik daripada Hanipa, walaupun hanya merupakan seorang pemandu van sebelum diangkat sebagai ADUN.

SEKATAN JALAN KE PARLIMEN ATAU SEKATAN POLITIK?

Rakyat boleh bergerak ke mana-mana demi menyelamatkan kelangsungan ekonomi sedangkan kadar kematian semalam 13 September adalah 413 dalam tempoh 24 jam, antara rekod tertinggi kes kematian, meskipun jumlah kes jangkitan 16,073. Jika dibandingkan, jumlah jangkitan pada 2 Ogos ialah 15,764, dengan kes kematian 219, jauh lebih rendah dengan apa yang dirkodkan hari ini. Mengapakah hari ini 14 Sept, kerajaan tidak menyekat pergerakan AP ke parlimen sedangkan rekod jangkitan dan kematian adalah lebih tinggi daripada rekod 2 Ogos? Namun apabila AP Pokok Sena Mahfuz Omar bertanya mengapakah tiada sekatan pada pintu masuk kediaman Perdana Menteri pada 2 Ogos itu, yang kelihatannya sibuk sebagaimana dilaporkan oleh media, Hamzah Zainuddin tidak dapat menjawabnya.

KEPULANGAN Y.A.M. TS TGKU AZLAN KE PANGKUAN UMNO ADALAH TAMPARAN KEPADA BERSATU

Kembalinya YAM TS Tengku Azlan juga merupakan satu tamparan kepada Bersatu pimpinan TS Muhyiddin yang kini kelihatan seperti tiada hala tuju. Apa yang mengangkat kemarahan kemarahan rakyat adalah kegagalan PN menangani pandemik Covid19, lantas membawa kepada dampak parahnya ekonomi negara dan memberi kesan langsung kepada ekonomi rakyat.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: