Dengan jumlah jangkitan Covid19 yang telah memuncak kepada 17,045 kes harian semalam dan menjadikan jumlah kumulatif 1.013 juta, kerajaan dan KKM pastinya gelabah apabila ditekan dengan desakan mogok oleh 23,000 doktor kontrak. Semua doktor kontrak di seluruh negara bersepakat melaksanakan hartal berkenaan jika dua tuntutan yang dikemukakan dalam Memorandum Gerakan #Hartal tidak dipenuhi kerajaan dalam tempoh ditetapkan. Malahan, amaran telah mereka berikan untuk tidak menghadiri tugas harian di hospital bermula 26 Julai, sekiranya tuntutan mereka gagal dipenuhi oleh pihak kerajaan.
TUN M ADA AGENDA TERSEMBUNYI DENGAN JANJI SELESAIKAN ISU COVID19
Jelaslah, pemimpin yang telah diperakui dunia sebagai salah seorang diktator terkenal dunia, kini mahu memegang kuasa negara buat kali ketiga. Benarkah dia mahu menghapuskan Covid19, atau inilah sahaja jalannya bagi dia menghapuskan musuhnya di sekeliling pinggang.
SEBUAH PARLIMEN TAK BOLEH BEROPERASI, TAPI 158 RIBU KILANG BOLEH BEROPERASI
Hanya terdapat sebuah sahaja Parlimen, dengan 222 pekerja tetapnya, tidak dibenarkan beroperasi, sebaliknya kerajaan PN sanggup mempertaruhkan 1.57 juta nyawa rakyat marhaen yang terkial-kial mencari makan kepada pandemik Covid19.
KENAPA MUHYIDDIN-PN DIAM SAHAJA KETIKA DIKECAM MEDIA ANTARABANGSA?
Perkara yang amat memalukan apabila Reuters juga memetik kenyataan Muhyiddin yang mengiakan bahawa dia menerima tohmahan bahawa dia adalah PM yang ‘bodoh’. “Saya tahu betapa susahnya mengurus tadbir, tetapi ia adalah tanggungjawab bersama.” Sama ada ia adalah atas desakan netizen, rakyat, pakar kesihatan, tekanan politik di luar parlimen, atau hakikat jangkitan Covid19 yang gagal diperangi, kerajaan PN tidak boleh membiarkan negara dimalukan oleh media antarabangsa sedemikian. Sewajar PN menjawab segala kecaman media antarabangsa itu kerana ia membawa dampak yang besar terhadap persepsi pelabur asing, kecualilah PN sebenarnya memperakui bahawa negara ini dipimpin oleh PM yang “bodoh” sebagaimana yang diperakuinya. Segala reaksi media luar itu mencemarkan nama PN dan memberi amaran bahawa PN akan jatuh tersungkur pada PRU15 nanti.
AZMIN DAN ZAFRUL, KENAPA BIARKAN CASINO BEROPERASI?
Mengapakah kluster kilang-kilang atau sektor industri yang lebih signifikan menjadi penyumbang kepada merebaknya Covid-19, diberikan kelonggaran? Bukan itu sahaja, Casino di Genting Highlands juga telah wewenangnya dibuka untuk penjudi-penjudi antarabangsa.