Walau apapun rasionalnya, sekiranya senarai calon yang dipilih akan mengakibatkan permusuhan dalam parti, sebagaimana sentimen yang dibangkitkan oleh Tian Chua, dan juga penyokong Charles Santiago di Kelang, manakala penyandang parlimen dari Bersatu pula terus keluar parti, ia tidak lain memberi signal atau amaran bahawa mereka akan kecundang. Jika tidak pun pastinya mereka akan membangkitkan perbalahan sesama ahli parti yang akan memporak-perandakan negara lagi sekali sekiranya mereka terpilih sebagaimana berlaku di Melaka dan Johor sebelum PRN tempoh hari.
CHARLES SANTIAGO, ADAKAH KAMU JUGA SUDAH DIHINGGAPI SINDROM NYANYOK?
Kenyataan YAB PM itu adalah satu libasan pada wajah pemimpin DAP, yang juga penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang masih tidak sedar diri, dan mahu menyaman PM DS Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia, dan SPR kerana pembubaran Parlimen yang telah diisytiharkan pada 10 Okt, Isnin lalu. Pemimpin DAP itu juga wajar memohon maaf kepada DYMM SPB YDP Agong, atas tindakannya yang turut membabitkan kedaulatan baginda yang berkuasa memperkenankan pembubaran parlimen. Dengan kata-kata lain, dia telah turut menghina kerana mempertikaikan kebijaksanaan Tuanku untuk memperkenan selepas menilai keadaan semasa politik serta mendapat taklimat Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan negara hanya akan menghadapi Monsun Timur Laut bermula pertengahan November ini dan berakhir pada Mac 2023.
VIDEO – MUHYIDDIN TAKUT ‘KLUSTER MAHKAMAH’ MENANG PRU15, ATAU DIA TAKUT JADI AHLI KLUSTER MAHKAMAH SELEPAS PRU15
Lantas ‘kluster mahkamah’ yang dicanangkan oleh Muhyiddin adalah hasil skandal dan konspirasi untuk menganiaya musuh politiknya. Oleh itu, Muhyiddin tidak usahlah hendak mendabik dada tentang ‘kluster mahkamah’, sedangkan ia hanyalah dakwaan terpilih yang amat jijik dan hina dalam kesucian intergriti SPRM mahupun badan kehakiman negara.